awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak FC lantik dua pengurus pasukan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
01/05/2021
02:16 MYT
Perak FC lantik dua pengurus pasukan
Ishsam (kiri) merupakan bekas pemain bola sepak Perak manakala Azman bekas guru yang mempunyai banyak pengalaman di dalam bidang pengurusan bolasepak. - Foto Perak FC
IPOH: Perak FC mengumumkan pelantikan dua pengurus, masing-masing untuk pasukan Perak FC dan Perak FC II, bagi mengharungi saingan Liga Super dan Liga Premier 2021.
Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Perak, Ishsam Shahruddin dilantik sebagai pengurus pasukan Perak FC manakala Presiden Persatuan Bolasepak Daerah Manjung, Azman Noh sebagai pengurus pasukan Perak FC II.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC, Rizal Ali Naizali berkata, pelantikan kedua-dua individu itu bagi membantu pasukan mengharungi baki saingan liga musim ini.
“Semoga dengan kehadiran kedua-dua pengurus baharu ini dapat membantu dan mencurah bakti untuk pasukan bolasepak Perak FC kekal bersaing dan mencapai kejayaan di dalam saingan Liga Super dan Liga Premier,” katanya kepada media malam tadi.
Ishsam, 55 tahun, merupakan bekas pemain bola sepak Perak dan pernah mewakili pasukan Malaysia B.
Azman, 54 tahun, pula seorang bekas guru yang mempunyai banyak pengalaman di dalam bidang pengurusan bolasepak.
Kedua-dua mereka juga pernah menjadi Penolong Pengurus pasukan The Bos Gaurus.
Ketika ini pasukan Perak FC menduduki tangga ke-10 Liga Super dengan 9 mata daripada 10 perlawanan manakaka Perak FC di tangga ke-9 dengan juga 9 mata selepas 10 perlawanan.
Topic Berkaitan
#Perak FC
#Perak FC II
#bola sepak
#pengurus
#Ishsam Shahruddin
#Azman Noh
#Rizal Ali Naizali
#bekas pemain bola sepak
#bekas guru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan