PERAK FC gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri apabila sekadar meraih keputusan seri tanpa jaringan ketika melayan kunjungan Terengganu FC II (TFC II) dalam saingan Liga Premier di Stadium Perak pada Sabtu.
Minit awal perlawanan kedua-dua pasukan berjaya mencipta peluang membuka tirai jaringan namun tiada sebarang gerakan berbahaya ke arah kubu lawan.
Begitupun peluang skuad TFC II untuk berada di depan hadir pada minit ke-10 menerusi Wan Mohamad Fazli yang berjaya memperdaya penjaga gol Perak FC, Zamir Selamat namun cubaan itu sekadar menggegarkan palang gol.
Dua minit berselang, giliran Perak FC pula mencemaskan gawang pelawat menerusi percubaan Hakimi Mat Isa, namun rembatannya berjaya ditepis penjaga gol lawan, Syed Muhammad Nasrulhaq.
Tidak cukup dengan itu, pasukan tuan rumah terus mengasak kubu pertahanan TFC II menerusi percubaan Firdaus Saiyadi dan kapten pasukan, Indra Putra Mahayuddin, bagaimanapun Syed Muhammad Nasrulhaq bertindak cemerlang memastikan gawang tidak mudah dibolosi.
Selepas setengah jam perlawanan, Perak FC berpeluang menamatkan kebuntuan gol namun Luciano Guaycochea mempersia-siakan peluang kem tuan rumah.
Minit ke-38, pemain Perak FC, Sunday Afolabi dilayangkan kad kuning pertama perlawanan apabila mengasari Wan Mohamad Fazli.
Dua minit berselang, giliran pemain TFC II pula dilayangkan kad kuning apabila Wan Mohamad Fazli bertindak menarik jersi pemain tuan rumah.
Perlawanan separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan kekal terikat 0-0 tanpa jaringan.
Bersambung babak kedua, Perak FC membuat dua pertukaran mengeluarkan Indra Putra dan Firdaus Saiyadi menggantikan dengan penyerang import, Stipe Plazibat serta Khairul Asyraf Mustaffa.
Perlawanan kian rancak dengan kedua-dua pasukan mencari peluang untuk mencipta jaringan.
Di sebalik keghairahan itu, dua pemain, Wan Zack Haikal dan Argzim Redzovic masing-masing dari Perak dan TFC II dilayangkan kad kuning.
Pada minit ke-59, Perak FC membuat satu lagi pertukaran mengeluarkan Hakimi Mat Isa dan memasukkan Feeris Danial Mat Nasir ikuti pasukan Terengganu FC II yang membuat dua pertukaran serentak.
Perlawanan kian panas apabila pengendali pasukan, Yusri Che lah turut dilayangkan kad kuning kerana membantah keputusan pengadil.
Kad merah pula dilayangkan pengadil perlawanan, Mohamad Kamil Zakaria ke atas salah seorang pegawai pasukan tuan rumah, Vijay Babu Subramaniam.
Tempoh 10 minit terakhir perlawanan memperlihatkan kedua-dua pasukan terus tertekan dalam mencari jaringan dan masing-masing akur dengan berkongsi satu mata apabila perlawanan tamat tanpa sebarang jaringan di Ipoh. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 16 2022
Pemain Perak FC, Luciano Guaycochea (tiga, kiri) merembat bola ke gawang gol lawan ketika bertemu Terengganu FC II dalam saingan Liga Premier Malaysia 2022 di Stadium Perak malam tadi. --fotoBERNAMA
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Liga Premier tidak akan dikembalikan tahun depan - Rossi
Harapan peminat bola sepak negara untuk melihat kembali saingan Liga Premier seawal musim depan tidak akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat kerana kesuntukan masa.
JDT II muncul juara Liga Perdana
Johor Darul Ta'zim (JDT) II bergelar juara saingan Liga Perdana selepas mengatasi Selangor FC II 1-0 di Stadium UiTM, sebentar tadi.
JDT II hampiri gelaran juara Liga Premier
Skuad JDT II membuka jaringan pendahuluan pada minit ketujuh menerusi rembatan pemain berusia 20 tahun, Daryl Sham.
JDT II kembali ke puncak teratas Liga Premier
JDT II kembali merampas kedudukan teratas Liga Premier selepas menewaskan pasukan tercorot, Skuad Projek FAM-MSN.
Pertahanan berusia 42 tahun, Rames muncul wira Kuching City atasi Selangor 2
Keputusan malam tadi menyaksikan Kuching City berjaya merapatkan jurang bersama tiga pasukan teratas dengan 30 mata.
Kuching City benam Projek FAM-MSN 3-0
Penyerang import kelahiran Brazil, Gabryel Monteiro De Andrade meledak gol mudah di hadapan gawang pada minit ke-20.
Kelantan FC belum di zon selamat
Rezal Zambery berkata, sebarang kemungkinan boleh terjadi sekiranya tewas dalam tiga lagi baki perlawanan.
Perak FC siasat insiden kekecohan di Stadium Sultan Muhammad IV
Perak FC akan membuat siasatan berhubung insiden kekecohan ketika aksi Liga Premier antara pasukan kelab itu dengan Kelantan FC di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu, pada petang Rabu.
Liga Premier: Gol tunggal Abdul Latiff bantu Kelantan FC kukuhkan dominasi
Kelantan FC terus mendominasi kedudukan teratas Liga Premier dengan rekod tanpa kalah dalam 10 perlawanan.
Syamsul gusar pertahanan ulang kesilapan sama
Faktor itu menjadi kegusarannya menghadapi baki perlawanan liga terbabit dalam usaha merebut slot ke saingan Liga Super musim depan.