Apa yang Anda Dapat daripada Bajet 2026? STR, SARA, Bantuan Ibu Tunggal, Pelajar & Banyak Lagi – Semak Analisis Penuh di Sini!
SUKAN

Perancis selangkah layak ke Piala Dunia 2026

Astro Arena 11/10/2025 | 01:35 MYT
Aksi Mbappe menjaringkan gol ketika perlawanan Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia di Parc des Princes, 10 Okt 2025. REUTERS
PERANCIS semakin hampir melayakkan diri ke Piala Dunia 2026 selepas mencipta kemenangan 3-0 menewaskan Azerbaijan dalam perlawanan Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia di Parc des Princes, awal pagi tadi.

Bintang Real Madrid, Kylian Mbappe, memacu kejayaan pasukan tuan rumah itu selepas gerakan solonya dinoktahkan dengan jaringan gol pembukaan pada minit ke-45, sebelum Adrien Rabiot dan Florian Thauvin yang masuk sebagai pemain gantian menggandakan jaringan Les Bleus dalam babak kedua permainan.

Begitupun, Mbappe terpaksa dikeluarkan pada minit ke-83 selepas mengalami kecederaan di bahagian buku lali.

Untuk rekod, pemain berusia 26 tahun itu telah menjaringkan 17 gol dan empat bantuan jaringan dalam 13 perlawanan buat kelab dan negaranya musim ini.

Malah, menghampiri rekod jaringan terbanyak sepanjang zaman Perancis milik Oliver Giroud (57) dengan dia kini sudah mengumpul 53 gol.

Kemenangan itu menyaksikan anak buah Didier Deschamps mengungguli saingan peringkat kumpulan dengan mengumpul 13 mata selepas enam perlawanan.

Perancis hanya memerlukan satu kemenangan berdepan Iceland untuk layak ke Piala Dunia 2026.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.



#Piala Dunia #Perancis #Azerbaijan #Kylian Mbappe