awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perancis tuntut penjelasan daripada PSG berhubung paparan sepanduk pro-Palestin

Bernama
Bernama
07/11/2024
22:45 MYT
Perancis tuntut penjelasan daripada PSG berhubung paparan sepanduk pro-Palestin
Sepanduk besar pro-Palestin dipamerkan sebelum perlawanan Liga Juara-Juara UEFA antara PSG dan Atletico Madrid di Stadium Parc des Princes, Paris, Perancis, 6 Nov 2024. REUTERS
ISTANBUL: Perancis pada Khamis menuntut penjelasan daripada Paris Saint-Germain (PSG), kelab bolasepak terkemuka negara itu, berikutan paparan sepanduk pro-Palestin yang dianggap "tidak boleh diterima", oleh para penyokong semasa perlawanan, lapor Agensi Anadolu (AA).
"Saya meminta PSG memberikan penjelasan dan kelab-kelab memastikan bahawa politik tidak merosakkan sukan, yang sepatutnya menjadi sumber penyatuan.
"Sepanduk ini tidak sepatutnya berada di stadium, dan mesej sebegini juga dilarang oleh peraturan Liga dan UEFA," kata Menteri Dalam Negeri Bruno Retailleau dalam kenyataan di X.
Retailleau berkata jika kejadian serupa berlaku lagi, kerajaan mungkin perlu mempertimbangkan untuk melarang sepanduk bagi kelab yang gagal menguatkuasakan peraturan.
Penyokong Paris Saint-Germain mempamerkan sepanduk sebagai solidariti dengan Palestin dalam perlawanan Liga Juara-Juara UEFA pada Rabu menentang Atletico Madrid.
Penyokong mengangkat sepanduk besar bertulis "Free Palestine" dalam Bahasa Inggeris, dan sepanduk kecil bertulis "Battle on the field but peace in the world" dalam Bahasa Perancis sebelum perlawanan bermula di Stadium Parc des Princes.
Sepanduk besar itu turut memaparkan imej Masjid Kubah Batu di Baitulmuqaddis serta bendera Palestin dan Lubnan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PSG
#sepanduk pro-Palestin
#Liga Juara-Juara UEFA
#Stadium Parc des Princes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan