awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perjuangan Harimau Muda di Tashkent berakhir

Bernama
Bernama
05/06/2022
22:10 MYT
Perjuangan Harimau Muda di Tashkent berakhir
Kekalahan kedua berturut-turut dialami anak buah Brad Maloney menutup peluang mereka untuk mengulangi pencapaian terbaik dengan layak ke suku akhir pada edisi 2018. - Foto Facebook/Football Association of Malaysia
KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan terpaksa pulang lebih awal selepas tumpas 0-3 kepada Thailand, pada aksi kedua Kumpulan C Kejohanan Piala Asia B-23 2022 di Tashkent, Uzbekistan, awal pagi Isnin.
Kekalahan kedua berturut-turut dialami anak buah Brad Maloney selepas dibelasah 1-4 oleh juara bertahan, Korea Selatan, Khamis lepas, menutup peluang mereka untuk mengulangi pencapaian terbaik dengan layak ke suku akhir pada edisi 2018.
Malaysia yang bermula dengan baik hampir mengejutkan Thailand, namun sepakan leret ketua pasukan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi sedikit tersasar ke sebelah kiri gawang gol pada minit ketiga, manakala rembatan Nik Akif Syahiran Nik Mat tepat ke dakapan Nopphon Lakhonphon seminit kemudian.
Bagaimanapun, Harimau Muda yang dilihat gagal meneruskan asakan serta mula ketandusan idea untuk merobek gawang skuad Gajah Perang, dihukum pada minit ke-23 menerusi gol pembukaan oleh penyerang Suphanat Mueanta.
Mueanta, yang bijak melepasi perangkap ofsaid benteng pertahanan negara untuk menyempurnakan hantaran jauh Channarong Promsrikaew, melepaskan sepakan kaki kanan biarpun percubaannya dibias Harith Haiqal sebelum bola menerjah jaring Malaysia.
Bersambung babak kedua, Thailand berjaya meningkatkan tempo permainan mereka manakala Malaysia kian tenggalam walaupun Maloney membawa masuk Mohd Aiman Afif Md Afizul dan pemain kelab Jepun, Azul Claro Numazu, Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak untuk cuba mengubah nasib skuad negara.
Peluang terbaik Malaysia hadir pada minit ke-60 menerusi Hadi Fayyadh yang gagal memanfaatkan situasi satu lawan satu selepas sepakan lencongannya diselamatkan Lakhonphon.
Malang menimpa skuad kebangsaan apabila Promsrikaew yang tidak dikawal benteng pertahanan negara mudah menolak masuk hantaran dari sebelah kanan oleh Nicholas Mickelson untuk menggandakan jaringan pasukannya pada minit ke-69.
Gawang negara terus bocor apabila Mueanta tenang meledak gol keduanya selepas menerima lorongan oleh pemain Oxford United, Benjamin Davies selang empat minit kemudian.
Mueanta hampir mencetak jaringan hatrik namun sepakan volinya dinafikan tiang sebelah kiri gol negara pada minit ke-81 dan kedudukan itu kekal sehingga perlawanan tamat.
Dalam pada itu, Vietnam bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Korea Selatan 1-1 dalam satu lagi aksi Kumpulan C.
Thailand yang memiliki kelebihan perbezaan jaringan memintas Korea Selatan untuk memimpin Kumpulan C biarpun berkongsi empat mata diikuti Vietnam dengan dua mata dan Malaysia pula di tangga tercorot tanpa sebarang mata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#harimau muda
#Piala Asia B-23
#Kumpulan C
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan