SPORTS

Perjuangan Sivasangari terhenti di Chicago

Bernama 16/05/2025 | 03:50 MYT
Sivasangari tewas 1-3 kepada wakil tuan rumah, Olivia Weaver dalam saingan suku akhir di Chicago, Amerika Syarikat. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Perjuangan pemain skuasy wanita negara, S Sivasangari di Kejohanan Dunia 2024-2025 terhenti selepas tewas 1-3 kepada wakil tuan rumah, Olivia Weaver dalam saingan suku akhir di Chicago, Amerika Syarikat.
Weaver dijadualkan berdepan juara dunia tujuh kali Nour El Sherbini dari Mesir pada separuh akhir.
Kekalahan pemain berusia 26 tahun menyaksikan tiada lagi wakil Malaysia dalam kejohanan berkenaan selepas pemain lelaki Ng Eain Yow turut terkandas pada pusingan ketiga, 13 Mei lepas.
Eain Yow tewas 0-3 kepada pemain nombor satu dunia Mostafa Asal dari Mesir dengan 4-11, 6-11, 7-11.
-- BERNAMA
#Skuasy #Sivasangari #Olivia Weaver #suku akhir Kejohanan Dunia