Perlis Northern Lions keluarkan kad keahlian untuk penyokong setia

Asyraf Roslan
Januari 8, 2019 02:37 MYT
Pemegang kad akan mendapat potongan harga untuk membeli tiket perlawanan tumpuan. - Foto Twitter/@perlisfootball
Kemasukan bekas pemain kebangsaan Malaysia ke Skuad Singa Utara dijangka bakal menjadi pesaingan sengit dalam Piala FA akan datang.
Antara pemain yang akan membantu skuad Singa Utara itu dalam mencapai kejayaan musim depan antaranya Safee Sali, Badri Razi, Khyril Muhymeen dan juga Amirizdwan Taj.
Pada Isnin, melalui laman Twitter rasmi Perlis Nothern Lion mengumumkan pengeluaran Kad Keahlian Perlis Northern Lions buat penyokong setia kelab itu.
Pengeluaran kad sebanyak 3,000 keping itu sudah mula dijual sejak pagi Isnin, melalui aplikasi Stubapp dengan harga kad RM50 beserta RM10 bagi kos penghantaran.
Antara kelebihan yang akan diperoleh pemegang kad tersebut ialah mendapat potongan harga untuk membeli tiket perlawanan tumpuan, diberikan diskaun bagi produk dan perkhidmatan penaja-penaja Perlis Northern Lions serta mendapat diskaun bagi barangan rasmi Perlis Northern Lions.

BERITA BAIK UNTUK PENYOKONG SETIA SINGA UTARA! Dapatkan Kad Keahlian Perlis Northern Lions dengan 3,000 keping kad sedia untuk dijual! Kad ini akan dijual mulai 8 Januari 2019, jam 10.30 pagi melalui aplikasi Stubapp. Harga Kad ialah RM50 beserta RM10 untuk kos penghantaran. pic.twitter.com/xlGpBamwid

— Official PERLIS Northern Lions (@perlisfootball) January 7, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Apa yang menariknya, bagi pemegang kad tersebut juga ialah secara automatik akan mendapat insurans kemalangan peribadi.
Selepas membuat pendaftaran, kad ini akan mengambil masa selama tiga minggu untuk diproses dan selepas itu anda akan dapat menggunakan semua kelebihan yang ada.
#Malaysia #Piala FA #Skuad Singa Utara