Jaguh berbasikal negara, Mohd Azizulhasni Awang mengakui perlu menempuh perlumbaan penuh dramatik sebelum dapat meraih pingat gangsa acara keirin di Kejohanan Trek Dunia UCI pada Ahad.
Menceritakan detik kejayaannya di Lee Valley Velopark, Stratford, London itu, Azizuhasni berkata beliau hampir mengalami kemalangan pada pusingan pertama kerana dihimpit pelumba Poland dan tuan rumah yang menyebabkan beliau terpaksa berlumba di pusingan 'repecharge' untuk melayakkan diri ke separuh akhir.
"Alhamdullilah, walaupun begitu sengit saya berjaya memenangi pusingan repecharge dan mara ke pusingan seterusnya.
"Tapi saya pelik, kedua-dua pelumba yang menghimpit saya itu tidak dibatalkan walaupun himpitan itu berlaku secara terang-terangan dan ada pelumba yang kemalangan.
"Jika saya berada di tempat mereka, saya percaya sudah tentu saya akan dikeluarkan daripada perlumbaan.
"Saya dan jurulatih tenang dengan situasi itu dan terus fokus untuk memenangi pusingan repecharge untuk melayakkan diri ke separuh akhir," kata Azizulhasni, 28, menerusi status Facebook miliknya 'Jojo Knoxville' hari ini.
Di separuh akhir, Azizulhasni berjaya meraih tempat kedua dan pada perlumbaan penentuan, beliau turut menghadapi saingan penuh dramatik pada perlumbaan apabila bersaing dengan pelumba handalan dunia.
Saiz badan yang lebih kecil berbanding pelumba lain tidak menghalang Azizulhasni menamatkan perlumbaan di tempat ketiga bagi acara itu.
Pingat emas acara itu dimenangi pelumba Jerman, Joachim Eiler dan pingat perak milik pelumba dari New Zealand, Eddie Dawkins.
"Dari segi fizikal, saya adalah yang tercilik jika dibandingkan dengan pelumba lain. Saiz fizikal yang jauh lebih besar memberi kelebihan kepada pesaing saya dalam penggunaan gear tinggi bagi mendapatkan kelajuan," katanya yang meraih tiket ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro Brazil pada Ogos ini.
Azizulhasni pernah beraksi di Sukan Olimpik Beijing 2008 dan London 2012, dengan masing-masing di kedudukan ke-10 dan enam bagi acara keirin manakala dalam acara pecut, beliau menduduki tangga kelapan bagi kedua-dua temasya itu.
Bernama
Mon Mar 07 2016
AZIZULHASNI: Saya pelik, kedua-dua pelumba yang menghimpit saya itu tidak dibatalkan walaupun himpitan itu berlaku secara terang-terangan. - Foto Facebook Azizulhasi Awang
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Penggiat industri pelancongan digesa supaya sentiasa mematuhi Standard Pelancongan ASEAN bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan sektor itu.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Nur Shazrin kemungkinan 'terpaksa' melupakan penampilan kali ketiganya di Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan kecederaan pada tangan kanannya ketika menyertai kejohanan Last Chance Regatta di Hyeres.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
MOM jangka 10 lagi atlet akan raih tiket ke Olimpik Paris
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan bahawa sebanyak 18 atlet kebangsaan daripada tujuh jenis sukan layak ke Olimpik Paris 2024 setakat hari ini.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Penampilan kelima di Olimpik bukan sekadar melengkapkan penyertaan - Azizulhasni
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bakal menjadi atlet lelaki pertama Malaysia beraksi di lima Sukan Olimpik berturut-turut.
Azizul, Shah Firdaus, Nurul Izzah secara rasmi layak ke Olimpik Paris - Amarjit
Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah dan Nurul Izzah Izzati secara rasmi layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan berlangsung dari 23 Julai hingga 11 Ogos ini.
Sukan Olimpik: Malaysia secara tidak rasmi sudah ada 17 wakil ke Paris 2024
Kontinjen negara secara tidak rasmi kini telah memiliki 17 atlet yang akan bersaing dalam Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai depan.
Tiga atlet berbasikal trek negara secara tidak rasmi layak ke Olimpik - Amarjit
Tiga atlet berbasikal trek negara diketuai Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara tidak rasmi layak ke Sukan Olimpik Paris.
The Pocket Rocketman nyatakan hasrat mahu velodrom asas di seluruh Malaysia
Seperti Velodrom Brunswick di Australia, velodrom asas seperti itu juga harus ada di seluruh Malaysia, kata Azizulhasni.
Cuma jalani latihan ringan sebelum ke Brisbane - Azizulhasni
Beliau tekad menyertai kejohanan tersebut memikirkan Sukan Olimpik Paris 2024 yang berbaki 144 hari biarpun doktor nasihatkan untuk berehat.
RTG: Situasi Azizulhasni Awang terima kepercayaan penuh atas saranan pasukan perubatan
Stuart percaya semua pihak yang terlibat dalam pasukan kebangsaan akan meletakkan kondisi kesihatan Azizulhasni sebagai keutamaan.
'Saya buat kerja gila' - Azizulhasni
Azizulhasni menyifatkan kejayaan meraih emas pada Kejohanan Berbasikal Piala Negara-Negara UCI sebagai sesuatu yang tidak pernah terbayang di benak fikirannya.