awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India perkukuh CSP, dalami kerjasama semikonduktor, pendidikan
Keganasan tercetus dalam protes anti-ICE berhampiran Perkampungan Olimpik di Milan
Cuaca panas: Pentadbir sekolah diberi autonomi urus aktiviti, pakaian murid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perpindahan Coutinho ke Barcelona dibocorkan Nike

Astro Arena
Astro Arena
31/12/2017
04:49 MYT
Perpindahan Coutinho ke Barcelona dibocorkan Nike
Coutinho berada di sebalik saga perpindahan apabila Barca cuba memancing pemain antarabangsa Brazil itu dari Anfield. Astro ARENA / Fail
BARCELONA dilihat bersiap untuk menerima ketibaan Phillipe Coutinho selepas Nike tampil mengesahkan perpindahan bintang Liverpool itu dalam laman webnya.
Peminat Liverpool cemas ketika pengeluar barangan sukan gergasi dan penaja pakaian Barcelona itu seakan-akan membocorkan status perpindahan besar itu melalui kedai atas taliannya.
Iklan jersi Barca 2017-18, dengan kapsyen dibaca: "Philippe Coutinho bersedia untuk membintangi Camp Nou. Dapatkan jersi FC Barcelona 2017-18 dengan namanya."
Nike kemudian memadam halaman tersebut dan mencetuskan persoalan adakah ia satu kesilapan perhubungan awam atau disebabkan penggodam talian.
Omnisport menghubungi Nike dan Barcelona untuk mendapatkan komen lanjut.
Coutinho berada di sebalik saga perpindahan apabila Barca cuba memancing pemain antarabangsa Brazil itu dari Anfield.
Barca dilaporkan menawarkan £115 juta (RM631) untuk Coutinho tetapi ditolak Liverpool pada Ogos. Bagaimanapun, pendahulu La Liga itu dipercayai bersedia membuat tawaran lain pada Januari ini.
Coutinho -- yang membuat permintaan perpindahan pada masa itu -- bermain 89 minit dalam kemenangan 2-1 Liverpool ke atas Leicester City dalam Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.
Pemain berusia 25 tahun itu telah menjaringkan tujuh gol Liga Perdana musim ini sambil membuat enam bantuan gol.
Topic Berkaitan
#barcelona
#Liga Perdana Inggeris
#Liverpool
#Nike
#penggodam
#perpindahan
#Phillipe Coutinho
#sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan