SUKAN
Persatuan bola sepak Ireland kemuka usul gantung Israel dari UEFA
Badan induk bola sepak Ireland dijadualkan mengundi hari ini bagi menentukan sama ada akan mengemukakan usul rasmi kepada UEFA untuk menggantung penyertaan Israel daripada semua pertandingan bola sepak Eropah. - Gambar Reuters
DUBLIN: Badan induk bola sepak Ireland dijadualkan mengundi hari ini bagi menentukan sama ada akan mengemukakan usul rasmi kepada Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) untuk menggantung penyertaan Israel daripada semua pertandingan bola sepak Eropah.
Usul tersebut, yang disokong oleh beberapa kelab ahli termasuk Bohemian FC yang mendakwa, Persatuan Bola Sepak Israel (IFA) telah melanggar dua peruntukan utama dalam statut UEFA.
Antaranya ialah, tindakan menganjurkan kelab bola sepak di wilayah Palestin yang diduduki tanpa persetujuan Persatuan Bola Sepak Palestin serta kegagalan melaksanakan dasar anti-perkauman yang berkesan.
Menurut Ketua Operasi Bohemian FC, Daniel Lambert, pelanggaran tersebut adalah serius dan melibatkan peraturan penting yang telah diabaikan.
Beliau menyatakan harapan agar usul itu mendapat sokongan selepas usaha melobi dilakukan terhadap kelab-kelab lain.
Jurucakap Persatuan Bola Sepak Ireland (FAI) mengesahkan undian akan dijalankan, manakala UEFA enggan mengulas lanjut.
IFA pula tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan kenyataan.
Usul ini muncul susulan tekanan antarabangsa yang semakin meningkat berikutan konflik berterusan di Gaza.
Awal September lalu, pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru agar Israel digantung daripada bola sepak antarabangsa selepas laporan Suruhanjaya Siasatan PBB menyimpulkan bahawa Israel telah melakukan jenayah genosid dalam perang Gaza.
Turkiye dan Norway turut menyuarakan sokongan agar Israel digantung daripada pertandingan antarabangsa.
Israel menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan laporan itu sebagai tidak berasas.
Kerajaan Ireland pula merupakan antara pengkritik paling lantang dalam kalangan negara Kesatuan Eropah terhadap tindakan ketenteraan Israel di Gaza.
Tahun lalu, Ireland secara rasmi mengiktiraf negara Palestin dan kini sedang berusaha untuk menyekat perdagangan dengan penempatan Israel di wilayah yang diduduki.
Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan, serangan ketenteraan Israel ke atas Gaza telah meragut lebih 65,000 nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar serta krisis kebuluran.
Konflik tercetus selepas serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober 2023 yang mengorbankan 1,200 orang dan menyebabkan 251 individu dijadikan tebusan. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini