[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
SUKAN

Persatuan Bola Sepak Jerman nafi dakwaan perkauman Ozil

Agensi 24/07/2018 | 00:39 MYT
Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) menafikan dakwaan pemain penyerang Mesut Ozil bahawa wujud unsur perkauman terhadapnya. -Reuters/fail
PERSATUAN Bola Sepak Jerman (DFB) menafikan dakwaan pemain penyerang Mesut Ozil bahawa wujud unsur perkauman terhadapnya.
DFB sebaliknya menjelaskan sudah bertindak sewajarnya untuk melindungi Ozil daripada berdepan diskriminasi perkauman.
Ozil pada Isnin mengeluarkan kenyataan enggan lagi menyarung jersi kebangsaan Jerman.
BACA: Mesut Ozil tinggalkan Jerman
Beliau memberi alasan menerima layanan tidak sepatutnya daripada DFB.
Ozil mendakwa jadi sasaran termasuk menerima emel berunsur kebencian dan ancaman kerana kegagalan Jerman di Piala Dunia.
#bola sepak #DFB #diskriminasi perkauman #Jerman #Mesut Ozil #Persatuan Bola Sepak Jerman #Piala Dunia