SUKAN
Persekutuan Bola Sepak Jerman dukacita terima berita kematian Diogo Jota
Diogo Jota dilaporkan maut dalam kemalangan jalan raya di Sepanyol pada awal pagi Khamis. - StadiumAstro
BERLIN: Persekutuan Bolasepak Jerman (DFB) menyatakan rasa "dukacita" selepas menerima berita kematian penyerang Liverpool dan Portugal, Diogo Jota, dalam kemalangan jalan raya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Kami sangat sedih menerima berita kematian Diogo Jota dan adiknya, Andre Silva. Doa kami bersama keluarganya, orang tersayang, Liverpool FC dan Persekutuan Bola Sepak Portugal," menurut kenyataan DFB di platform X pada Khamis.
Jota dilaporkan maut dalam kemalangan jalan raya di Sepanyol pada awal pagi Khamis.
Menurut BBC, Guardia Civil Sepanyol dalam satu kenyataan memaklumkan kereta yang dinaiki mereka, sebuah Lamborghini, terbabas akibat tayar pecah ketika memotong kenderaan lain.
Guardia Civil memaklumkan kemalangan itu berlaku pada awal pagi Khamis di perbandaran Cernadilla di wilayah Zamora. Menurut kenyataan itu, "kereta tersebut terbakar dan kedua-dua penumpang maut."
-- BERNAMA