awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertahanan City, Aymeric Laporte berkelana ke Liga Pro Saudi

Astro Arena
Astro Arena
24/08/2023
03:43 MYT
Pertahanan City, Aymeric Laporte berkelana ke Liga Pro Saudi
Pemain antarabangsa Sepanyol itu akan menjadi pemain berprofil tinggi terbaharu yang dipancing ke kelab Liga Pro Saudi. - Fail/Stadium Astro
PERTAHANAN Manchester City, Aymeric Laporte, mengumumkan meninggalkan kelab itu dalam satu rakaman di media sosial.
Laporte dilaporkan bersetuju untuk menyertai Al-Nassr selepas lima tahun setengah di England.
Pemain antarabangsa Sepanyol itu akan menjadi pemain berprofil tinggi terbaharu yang dipancing ke kelab Liga Pro Saudi, dengan bekas rakan sepasukan City, Riyad Mahrez, antara yang berkelana ke Al-Ahli bulan lalu.
"Warga Cityzen yang dihormati, hari ini saya ingin berkongsi cerita dengan anda," kata Laporte dalam video di Twitter.
“Inilah sejarah kita sekarang. Terima kasih dan jumpa anda tidak lama lagi.”
Bek tengah itu menambah dalam catatan media sosialnya: “Ia telah berlangsung selama lima setengah tahun yang tidak dapat dilupakan.
"Banyak kenangan yang akan saya simpan selama-lamanya di hati ini." -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Aymeric Laporte
#Manchester City
#liga Arab Saudi
#Al-Nassr
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan