PUTRAJAYA: Presiden Kuala Lumpur (KL) City FC Tan Sri Annuar Musa menjangkakan perlawanan sumbangsih antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan KL City FC bakal menjadi satu pertemuan epik yang cukup menarik.
Pertembungan bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah itu yang merupakan aksi pembuka tirai saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2022 akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor, Sabtu ini.
Annuar berkata JDT sebagai pasukan berprestasi tinggi dan memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri pasti turun dengan matlamat menebus kekalahan 0-2 kepada KL City FC pada pentas final Piala Malaysia musim lalu.
"Sewaktu final (Piala Malaysia) pun saya tak malu mengatakan JDT bermain lebih baik cuma KL City beraksi dengan lebih bijak tetapi JDT adalah pasukan yang lebih baik. Jadi bila KL City bermain di JB (Johor Bahru), mereka akan hadapi saingan sengit tetapi dalam bola sepak segalanya mungkin.
Tetapi saya jangkakan satu perlawanan yang cukup menarik dan KL City boleh terus memberikan tentangan dengan cara tersendiri," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran RTM Selaku Rakan Penyiar TM unifi Liga Malaysia 2022 di Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini, semalam.
Terdahulu Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia mengumumkan akan melepaskan jawatan presiden kelab itu atas faktor kekangan masa dalam memainkan peranan sebagai presiden sejak memimpin Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).
Sementara itu, Annuar berkata JDT yang melakar rekod menjuarai Liga Super lapan kali berturut-turut musim lalu dan KL City FC selaku juara Piala Malaysia 2021 adalah dua pasukan yang mempunyai gaya bola sepak berbeza.
Katanya KL City FC juga tidak mempunyai pemain bintang sementara skuad The City Boys mempunyai pasukan yang agak seimbang.
"Kita perkasakan (pasukan) bukan kepada penyerang tapi lebih kepada bahagian tengah, kita bermain 'possession football' dan sebagainya," katanya.
Sebagai rekod, aksi sumbangsih yang merupakan perlawanan pembuka tirai saingan musim baharu Liga-M membabitkan pertembungan antara Juara Liga Super dan Juara Piala Malaysia musim terdahulu.
JDT dinobatkan Juara Edisi 2021 yang menyaksikan skuad Harimau Selatan mempertahankan kejuaraan buat kali keempat berturut-turut selepas membenam cabaran Kedah Darul Aman (KDA) FC 2-0.
Sejak dipertandingkan bermula 1985, JDT muncul juara perlawanan sumbangsih sebanyak enam kali sejak penubuhan kelab itu pada 2013, manakala ini penampilan sulung KL City FC yang ditubuhkan pada 2020.
Kuala Lumpur FA pernah menjuarai Piala Sumbangsih sebanyak tiga kali pada 1988, 1995 dan 2000.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 23 2022
Annuar berucap pada Majlis Pelancaran RTM Selaku Rakan Penyiar Unifi Untuk Bola Sepak Liga Malaysia 2022 di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Putrajaya, 23 Feb 2022. --fotoBERNAMA
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Rizab tenaga Sarawak 53 peratus, Sabah 6.1 peratus
Kerajaan komited untuk memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, berpandukan tiga prinsip utama iaitu keterjaminan bekalan tenaga, kelestarian dan kemampanan bekalan
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida
Majlis Tenaga Sabah (MTS) pada Khamis meluluskan penganugerahan projek solar berskala besar (LSS) kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199 megawatt di bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 dikendalikan suruhanjaya Tenaga Sabah
Pengagihan gas PETRONAS- Petros selesai - PM
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai, dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras ketika mandi
Mayat dua sahabat yang dihanyut arus deras ketika mandi selepas memancing di Pantai Lutong pada Khamis ditemui beberapa jam selepas mereka dilaporkan hilang.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.
Dua rakan didakwa lakukan rompakan berkumpulan guna parang
K. Sreedharan Naidu, 33, dan J. Moohilan Naidu, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.
Liga Super: Hatrik Arif Aiman bantu JDT tewaskan KL City FC
Jaringan hatrik Arif Aiman Mohd Hanapi memastikan Johor Darul Ta'zim (JDT) mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas Kuala Lumpur City FC.
KLFA lunas sebahagian tunggakan KWSP pemain KL City FC
Pihaknya telah melunas tunggakan berjumlah RM50,000 selain memaklumkan tunggakan lain akan diselesaikan secara berperingkat.
KL City bangkit jinakkan Penang di Cheras
Muhammad Adib Abdul Ra'op menyudahkan hantaran rakan sepasukan dari sudut sukar untuk menewaskan penjaga gol Muhammad Azri Ab Ghani.
Pemain saya dahagakan kemenangan, bukan menang nasib - Yusri
Pengendali Perak FC tolak dakwaan kemenangan 1-0 pasukannya ke atas Kuala Lumpur (KL) City FC malam tadi adalah kerana nasib semata-mata.
Perak catat kemenangan pertama di laman sendiri, Sabah tumbang di Selayang
Perak FC menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC 1-0 di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.
Liga Super: KL City belasah skuad muda Kedah 5-0
Pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC membelasah skuad muda Kedah Darul Aman (KDA) FC 5-0, dengan Paulo Josue muncul wira hatrik pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam ini.
Skuad B-23 KDA FC dijangka galas tugas menentang KL City Sabtu ini
Skuad B-23 KDA FC dijangka akan menggalas tugas dalam aksi Liga Super menentang KL City FC, Sabtu ini.
Kemuka deklarasi dokumen tidak tepat, KL City dikenakan hukuman berat
KL City FC hari ini dikenakan hukuman berat susulan mengemukakan deklarasi tunggakan yang tidak tepat dalam proses permohonan lesen kebangsaan dan AFC.
Tiada obligasi DBKL salur peruntukan kepada KLFA, KL City FC - Dr Zaliha
Tiada sebarang obligasi untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyalurkan apa-apa bentuk peruntukan kepada Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dan Kuala Lumpur City FC (KL City FC).
Safee Sali sokong tindakan Josue suarakan isu tunggakan gaji
Isu tunggakan gaji yang melanda pemain tengah Kuala Lumpur (KL) City FC, Paulo Josue mendapat perhatian Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) Safee Sali.