Pesawat bawa pasukan Brazil terhempas, final Sudamericana ditangguh

AFP
November 29, 2016 08:36 MYT
Gambar fail memaparkan pemain Chapecoense Brazil bergambar pada 24 November lalu sebelum saingan separuh akhir kedua Kejohanan Copa Sudamericana di Chapeco, Brazil. Foto AFP
Persekutuan Bola Sepak Amerika Selatan (Conmebol) mengumumkan pusingan akhir saingan bola sepak Piala Sudamericana Amerika Selatan ditangguhkan susulan tragedi pesawat terhempas di Colombia yang dilaporkan membawa pasukan dari Brazil.
Pasukan dari Brazil, Chapecoense Real dijadualkan untuk beraksi menentang pasukan dari Colombia, Atletico Nacional pada Rabu.
Selain pemain bola sepak dari Brazil, sewaktu kejadian pesawat LAMIAitu sedang membawa 81 penumpang.
Enam orang dilaporkan terselamat setakat ini.
"Semua aktiviti persekutuan bola sepak akan digantung sehingga pengumuman selanjutnya," kata Conmebol dalam satu kenyataan hari ini.
#bola sepak #Chapecoense Real #kapal terbang #Piala Amerika Selatan #terhempas