KUALA LUMPUR: Pasukan bola sepak kebangsaan hari ini berlepas ke Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menerusi penerbangan sewa khas Malaysia Airlines dalam misi menghadapi baki tiga perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Malaysia Airlines merupakan rakan penerbangan rasmi skuad Harimau Malaya menerusi kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Seramai 45 pemain dan pegawai pasukan termasuk Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9 pagi menaiki pesawat MH8436 dan dijadual tiba di Dubai 12.20 tengah hari waktu tempatan.
"Komitmen serta sokongan Malaysia Airlines terhadap skuad kebangsaan sememangnya tidak dapat dipersoalkan lebih-lebih lagi kerjasama di antara kedua-dua pihak ini sudah terjalin sejak 2018," kata Hamidin dalam kenyataan FAM hari ini.
Sementara itu, Malaysia Airlines berbangga menjadi sebahagian daripada sejarah dalam menyokong pasukan negara membawa nama Malaysia ke pentas dunia, selain memaklumkan ia juga memberi peluang kepada syarikat penerbangan nasional itu terbang ke luar daripada rangkaian biasa.
"Malaysia Airlines komited menawarkan standard keselamatan dan kebersihan tertinggi dalam setiap langkah di sepanjang penerbangan untuk pastikan skuad Harimau Malaya terbang dengan yakin dan selesa untuk tampil di perlawanan, terutama semasa musim pandemik COVID-19," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Bhd Izham Ismail dalam kenyataan sama.
Malaysia Airlines akan melakukan empat penerbangan sewa khas dari Kuala Lumpur ke Dubai, Dubai ke Manama, Bahrain, Manama ke Dubai dan Dubai ke Kuala Lumpur bagi menerbangkan pasukan negara menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa seterusnya memulakan kempen kelayakan.
Lebih mengujakan, pasukan negara dijadual pulang ke tanah air dengan pesawat A330-300 berlatarbelakangkan liveri Harimau Malaya.
Pasukan negara kendalian Tan Cheng Hoe akan menentang Kuwait di Dubai dan Bahrain di Manama, masing-masing pada 23 dan 28 Mei sebelum meneruskan baki saingan Kumpulan G kempen kelayakan itu bertemu UAE pada 3 Jun, Vietnam (11 Jun) dan Thailand pada 15 Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 20 2021
Malaysia Airlines merupakan rakan penerbangan rasmi skuad Harimau Malaya menerusi kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). - Facebook: Football Association of Malaysia
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.