Pemenang tempat ketiga Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu kategori lelaki tahun lepas, Dai Matsumoto dari Jepun, muncul juara perlumbaan edisi ke-28 tahun ini.
Pelari profesional berusia 31 tahun itu mencatat masa empat jam 11 minit 25 saat untuk mengenepikan juara edisi lepas dari Malaysia, Daved Simpat, 32, yang menduduki tempat kedua selepas menamatkan saingan dengan 4:19:53s.
Matsumoto berkata beliau menggunakan masa yang dicatat Daved 4:12:29s tahun lepas, sebagai penanda aras dan motivasi dalam persediaannya menghadapi perlumbaan itu kali ini.
"Saya berlatih di Gunung Fuji dan berusaha berlari lebih pantas dari masa yang dicatat Daved tahun lepas. Namun, laluan di sini paling sukar berbanding laluan lain di dunia," katanya kepada pemberita selepas menamatkan perlumbaan di sini, pada Sabtu.
Beliau juga mencatat 2:17:29s untuk sampai di puncak gunung berkenaan di belakang pelari Nepal, Hom Lal Shrestha (2:14:06s) namun berjaya mengatasi Daved yang mencatat 2:18:50s.
Sementara itu, Daved berkata beliau tidak menjalani latihan yang cukup untuk perlumbaan itu kali ini akibat keletihan selepas menjuarai perlumbaan Puncak Suunto Lantau 2 sejauh 21km di Hong Kong pada 5 Okt lepas.
"Saya hanya menjalani latihan dua kali selepas perlumbaan di Hong Kong. Walaupun sedikit kecewa dengan keputusan kali ini, saya berpuas hati kerana menamatkan perlumbaan dalam kelompok teratas," katanya.
Shrestha, 33, yang pertama kali menyertai perlumbaan itu dan menamatkan perlumbaan tiga minit di belakang Daved, menyifatkan laluan saingan tersebut "berbahaya", namun gembira dengan pencapaiannya itu.
Anggota tentera Nepal itu yang menyertai perlumbaan itu dengan perbelanjaan sendiri berhasrat untuk mengambil bahagian pada saingan itu tahun depan.
Sementara itu, peserta New Zealand, Ruth Charlotte Croft, 25, meraih gelaran kedua dalam kategori wanita selepas mencatat 5:01.39s, sekali gus memperbaiki catatannya tahun lepas iaitu 5:24:28s.
Claire Louise Milsom Price, 45, dari Great Britain menduduki tempat kedua dengan masa 5:37:52s sementara peserta Malaysia, Danny @ Kuilin Gongot, 47, di tempat ketiga dengan catatan 6:00:20s.
Juara perlumbaan itu meraih wang tunai RM8,000 sementara tempat kedua dan ketiga, masing-masing membawa pulang RM6,000 dan RM4,000.
Bernama
Sat Oct 18 2014
Peserta Jepun takluk Climbathon Gunung Kinabalu
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
Peserta Jepun takluk Climbathon Gunung Kinabalu
Peserta Jepun, Dai Matsumoto dari Jepun, muncul juara Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu edisi ke-28 tahun ini.