[TERKINI] Nahas Gerik: Bas Bawa Penuntut UPSI Dipandu Melebihi Had Laju Dua Kali Ganda – Semak Perincian MOT Di Sini
SUKAN

Petarung Dagestan terselamat selepas kena lima das tembakan

Astro Arena 18/07/2025 | 09:15 MYT
Khizriev yang memiliki rekod 18-0 dan baru memenangi gelaran PFL pada November 2024, kini berehat daripada latihan. - Stadium Astro
JUARA kelas featherweight Liga Pejuang Profesional (PFL) Rusia, Timur Khizriev, terkena lima das tembakan yang dilepaskan dua penyerang bertopeng yang melancarkan serangan hendap ketika dia keluar dari keretanya di Makhachkala, kelmarin.


Ringkasan AI
  • Diserang secara hendap: Timur Khizriev, juara PFL yang tidak pernah tewas, ditembak lima kali oleh dua lelaki bertopeng menggunakan pistol traumatik ketika keluar dari keretanya di Makhachkala, Dagestan pada 15 Julai.
  • Cedera tetapi stabil: Walaupun mengalami kecederaan di bahu, tangan dan dada, Khizriev sempat melawan salah seorang penyerang dan melarikan diri; beliau kini dalam keadaan stabil selepas pembedahan.
  • Masa depan dalam PFL tergantung: Khizriev yang memiliki rekod 18-0 dan baru memenangi gelaran PFL pada November 2024, kini berehat daripada latihan dan belum pasti bila akan kembali bertanding


Sebuah video yang disiarkan dalam talian menunjukkan juara -- yang tidak pernah ditewaskan setelah mengharungi 18 pertarungan itu -- sedang mengambil barang-barangnya dari but keretanya sebelum menyedari ditembak dari jarak dekat oleh salah seorang penembak.

Walaupun ditembak dengan jenis pistol traumatik, bintang PFL itu sempat bertindak balas dan menewaskan salah seorang lelaki bertopeng itu, manakala yang seorang lagi melepaskan beberapa das tembakan lagi ke arahnya.

Khizriev, bagaimanapun dapat melarikan diri dari tempat kejadian, dengan video menunjukkan dia melompat ke atas kereta untuk melarikan diri.

Dia kini dilaporkan dalam keadaan stabil selepas pembedahan, di sebalik kecederaan teruk di bahu, tangan dan dadanya. -- Stadium Astro





#petarung Dagestan #terselamat #insiden tembakan #ditembak lima kali #Timur Khizriev