awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PFAM selar tindakan individu tular gaji pemain Kedah

Bernama
Bernama
07/02/2018
13:12 MYT
PFAM selar tindakan individu tular gaji pemain Kedah
Senarai gaji pemain skuad Liga Super Kedah itu tular di laman Facebook hari ini. - Foto media sosial
Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) menyelar tindakan segelintir individu tidak bertanggungjawab yang menularkan senarai gaji pemain skuad Liga Super Kedah bagi musim 2018.
Setiausaha PFAM Ahmad Fauzi Saari berkata isu berkaitan gaji merupakan perkara yang amat sensitif dan kebocoran maklumat itu adalah pencabulan privasi terhadap pemain.
Beliau berkata tindakan itu adalah tidak profesional dan bertentangan dengan nilai integriti serta prinsip profesionalisme yang ditekankan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan pentadbir Liga Malaysia, Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP).
"Ia boleh memberi ancaman keselamatan kepada pemain dan keluarga pemain. Keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya maklumat yang dipaparkan itu adalah tidak benar, sekali gus memberi kesan negatif kepada pemain," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, katanya, PFAM mendesak pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas terhadap individu berkenaan untuk mengelak perkara sama berulang.
Senarai gaji pemain skuad Liga Super Kedah itu tular di laman Facebook hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Fauzi Saari
#bola sepak
#Facebook
#gaji
#kebocoran maklumat
#Kedah
#keselamatan
#pemain
#PFAM
#senarai gaji
#sensitif
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan