Persatuan Profesional Golf Malaysia (PGM) akan menganjurkan 22 kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan lebih RM4 juta sepanjang tahun ini.
Pengerusi PGM Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata sembilan daripadanya dianjurkan bersama Jelajah Pembangunan Asia (ADT) manakala tiga bersama Jelajah Asean.
Pada tahun lepas, beliau berkata PGM menganjurkan 20 kejohanan dengan menawarkan hadiah wang tunai RM3 juta, yang mana tujuh daripada kejohanan-kejohanan tersebut dianjurkan bersama ADT.
"Perluasan kejohanan Jelajah berkenaan secara tahunan dan peningkatan hadiah wang tunai (tahun ini) menandakan pertumbuhannya yang pesat tahun demi tahun," katanya pada majlis penyampaian penajaan Kejohanan PGM CCM (Chemical Company of Malaysia) Rahman Putra Masters 2013 di sini hari ini.
Pada majlis itu, CCM menyampaikan penajaan berjumlah RM200,000 bagi menganjurkan kejohanan berkenaan yang akan berlangsung di Kelab Rahman Putra Malaysia, Sungai Buloh, Selangor dari 30 Jan hingga 2 Feb.
Bernama
Tue Jan 22 2013

Jual nasi lemak RM1 demi anak hidap sindrom Down, paru-paru kronik
Sepasang suami isteri sanggup berpanas dan hujan semata-mata mahu menjual nasi lemak berharga RM1 sebungkus demi membiayai belanja perubatan anak perempuan mereka yang menghidap sindrom Down.

Operasi kaunter saman trafik dilanjut hingga 9 malam ini - Bukit Aman
Tempoh operasi kaunter diskaun saman trafik yang dibuka sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, dilanjutkan sehingga 9 malam ini.
Usaha banteras rasuah mula tunjuk kejayaan - Anwar
Perdana Menteri berkata, antara ukuran penting adalah tiada mana-mana kepimpinan Kerajaan Perpaduan yang terlibat dalam salah laku rasuah.
Messi transformasi MLS
Kehadiran Messi ke kancah Liga Bola Sepak Utama (MLS) Amerika Syarikat telah mengubah landskap sukan itu di negara berkenaan, sekali gus menjadi perhatian dunia.

Pemuda UMNO tempelak Lian Ker pertikai Kongres Ekonomi Bumiputera
Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, kongres itu dijalankan sejak kerajaan Barisan Nasional (BN) dan akan diteruskan, sambil menegaskan ia langsung tidak pernah menyentuh atau menekan hak kaum-kaum lain.
Ronaldo raikan perlawanan ke-1,200, hampiri rekod Peter Shilton
Bintang sensasi bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo meraikan perlawanan profesional ke-1,200 dalam kariernya dengan satu jaringan dan satu bantuan gol ketika membantu kemenangan 4-1 Al-Nassr ke atas Al-Riyadh.

FAMA siasat dakwaan beras putih tempatan tidak berkualiti
FAMA akan menyiasat dakwaan beras putih tempatan (BPT) tidak berkualiti atau berkemungkinan dibungkus semula seperti tular di media sosial.
Pertimbang perluas pameran ke seluruh negara - Anwar
Jelas Perdana Menteri, program sedemikian dilihat mampu memberi pencerahan mengenai usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam mensejahterakan rakyat.
Malaysia bantah sikap AS tolak draf resolusi gencatan senjata
Malaysia juga kesal dengan sikap negara itu yang tidak mempedulikan hak kemanusiaan dan mempertahankan pembunuhan serta kezaliman terhadap rakyat Palestin termasuk anak kecil dan wanita.
AS veto resolusi gencatan senjata Palestin
Ikuti kupasan Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS), Prof. Madya. Dr. Aminurraasyid Yatiban susulan Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto ke atas resolusi gencatan senjata dalam Majlis Keselamatan PBB.
PGM anjur 22 kejohanan sepanjang 2013
Persatuan Profesional Golf Malaysia akan menganjurkan 22 kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan lebih RM4 juta.