SPORTS
Piala AFC: KL City bergelar naib juara
Kuala Lumpur City FC bergelar naib juara Piala AFC 2022 selepas tewas 0-3 kepada kelab Oman, Al Seeb, dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur City FC bergelar naib juara Piala AFC 2022 selepas tewas 0-3 kepada kelab Oman, Al Seeb, dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.
KL City mempamerkan penguasaan pada awal permainan dan memperoleh peluang keemasan seawal minit ke-18 tetapi percubaan Zhafri Yahya diselamatkan penjaga gol lawan, Ahmed Faraj Al Rawahi.
Bagaimanapun, penguasaan itu musnah sebaik Al Seeb memperoleh jaringan pembukaan, di mana sepakan penjuru lencong Ali Al-Busaidi terus menerjah masuk ke gawang Kevin Mendoza pada minit ke-22.
Keadaan KL City kian tertekan sebaik Abdulaziz Al-Muqbali melebarkan kelebihan pelawat dengan menanduk masuk umpanan gemilang Salaah Said Al Yahyaei pada minit ke-37.
KL City bimbingan Bojan Hodak melakukan asakan bertali arus sejak permulaan babak kedua tetapi gawang mereka bocor lagi pada minit ke-69, di mana Muhsen Al-Ghassani melakukan gerakan solo menarik dari sebelah kiri sebelum melepaskan rembatan kaki kiri dari sudut sukar yang tepat ke sasaran.
Tee City Boys meneruskan usaha sehingga ke penghujung perlawanan -- termasuk membawa masuk Safee Sali pada lewat aksi -- tetapi masih gagal memecahkan tembok pertahanan Al Seeb untuk akur bergelar naib juara dan membenarkan lawan meraih gelaran pertama Piala AFC sepanjang sejarah mereka.