"KAMI hanya perlu jaring tiga gol, jika tidak gaji dipotong," seloroh ketua jurulatih Kuala Lumpur City FC, Bojan Hodak, menjelang perlawanan terakhir Kumpulan H, Piala AFC menentang Tampines Rovers di Stadium KLFA, Cheras malam ini.
Biarpun sekadar gurauan, ia memberikan maksud mendalam buat barisan serangan pemain skuad Warga Kota itu, termasuk Romel Morales
Ini kerana, hanya kemenangan besar ke atas wakil Singapura itu dapat menjamin kelayakan mereka ke pusingan kalah mati selepas terikat tanpa jaringan dengan PSM Makassar dalam perlawanan pertama.
"Sasaran utama adalah untuk memenangi perlawanan ini, itu sentiasa menjadi sasarannya," kata Hodak dalam sidang media seperti yang dipetik Nadi Arena.
"Jika kami boleh memenanginya dengan perbezaan jaringan lebih besar, sudah pasti kami dapat menjadi juara kumpulan seperti yang dimahukan semua orang tetapi sasaran utama kami adalah untuk memenangi perlawanan ini," katanya.
Ditanya mengenai pendekatan yang akan digunakannya dalam perlawanan itu, Hodak menambah: "Ia sentiasa dengan corak menyerang.
"Cuma persoalannya adalah sama ada penyerang kami dapat menjaringkan gol atau tidak.
"Tentang perkara itu, kita tidak boleh cakap apa-apa tetapi tiada tekanan buat mereka.
"Kami cuma perlu jaringkan tiga gol, jika tidak gaji potong -- tapi tiada tekanan," selorohnya.
Astro Arena
Thu Jun 30 2022
HODAK: Jika kami boleh memenanginya dengan perbezaan jaringan lebih besar, sudah pasti kami dapat menjadi juara kumpulan seperti yang dimahukan semua orang. - Foto Astro ARENA
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Piala AFC: Sabah tidak ambil mudah cabaran Macarthur
Ong Kim Swee menyedari cabaran menggerunkan daripada Macarthur yang masih belum pernah tewas dalam tujuh perperlawanan di Liga-A.
Liga Super: Terengganu FC naib juara, raih slot ke Piala AFC 2023
Kejayaan TFC itu memastikan mereka menutup kempen dengan 44 mata di belakang juara liga, JDT.
Kim Swee intai kelayakan automatik ke Bangkok
Malaysia perlu muncul juara kumpulan dengan mengatasi China, Filipina dan Laos untuk meraih slot automatik ke kejohanan di Bangkok.