[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
SUKAN

Piala AFF B-23: Nafuzi umum 30 pemain ke kem latihan pusat Selasa ini

Astro Arena 25/06/2025 | 06:32 MYT
Ketua jurulatih skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan, Mohd Nafuzi Zain, pada sidang media pengumuman senarai pemain skuad Harimau Malaya B-23 di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini. - Foto Bernama
KETUA Jurulatih skuad Bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, Nafuzi Zain mengumumkan senarai 30 pemain yang bakal menyertai kem latihan pusat bagi skuad itu bermula Selasa.

Ringkasan AI
  • Ketua jurulatih B-23, Nafuzi Zain umumkan 30 pemain ke kem latihan pusat, dengan majoriti pemain dari Johor Darul Ta'zim (12 orang) dan Selangor (8 orang).
  • Pengarah Teknikal, Tan Cheng Hoe, akui cabaran memantau pemain muda tanpa kejohanan B-23, dan tekankan keperluan kerjasama erat dengan jurulatih kelab.
  • Malaysia diundi dalam Kumpulan A Piala AFF B-23 2025 bersama Indonesia, Filipina dan Brunei, dengan perlawanan sulung menentang Filipina pada 15 Julai.

Dalam sidang media yang diadakan di Wisma FAM, Nafuzi turut memaklumkan bahawa 12 daripada senarai yang diumumkan akan dibarisi oleh pemain Johor Darul Ta'zim.
Manakala lapan pemain Selangor turut dipanggil bagi membarisi kesebelasan yang diperlukan beliau kali ini.
Sementara itu Pengarah Teknikal skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengakui barisan kejurulatihan perlu bekerja keras untuk memantau dan menilai barisan pemain muda untuk skuad B-23.
"Kita tak boleh kata ia lebih sukar sekarang kerana tiada pertandingan B-23. Jurulatih perlu belajar dan menyesuaikan diri dengan situasi ini.
"Kita perlu cari jalan untuk memantau pemain B-23. Kita perlu bekerjasama dengan jurulatih pasukan untuk memantau keadaan pemain tersebut," katanya pada sidang media mengumumkan senarai pemain B-23 di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Skuad negara diundi dalam Kumpulan A bersama tuan rumah, Indonesia, Filipina dan Brunei pada kejohanan Piala AFF B-23 2025.
Anak buah Nafuzi akan membuka tirai kejohanan berdepan Filipina pada 15 Julai ini sebelum menentang Brunei (18 Julai) dan Indonesia (21 Julai). -- Stadium Astro
#Piala AFF #senarai 30 pemain #skuad Bawah 23 tahun #Nafuzi Zain