awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rubio nafi penahanan Maduro bermotifkan minyak, tegas tindakan AS tidak langgar undang-undang
Isu putus atau bergabung perlu dibincang secara matang, bukan terburu-buru - Azalina
Bekas Pengarah Eksekutif hadapi 11 tuduhan sebabkan kerugian salah kepada syarikat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala AFF: Cheng Hoe lebih rela jumpa Thailand daripada Vietnam, sedia senarai muka baru

Astro Arena
Astro Arena
20/09/2021
21:55 MYT
Piala AFF: Cheng Hoe lebih rela jumpa Thailand daripada Vietnam, sedia senarai muka baru
Cheng Hoe menegaskan pemilihan pemain kali ini lebih menekankan muka-muka baru dengan campuran pemain berpengalaman di pentas antarabangsa. - Astro ARENA
JURULATIH kebangsaan, Tan Cheng Hoe, mahu mengelak bertemu Vietnam seawal peringkat kumpulan Piala AFF, hujung November ini. Dia merujuk kepada rekod pertemuan dengan Naga Emas itu yang sering memberi kesukaran buat Harimau Malaya menjelang majlis undian hari ini. Vietnam dianggap lebih liat untuk dijinakkan jika dibandingkan dengan Thailand. Ia mendorong Cheng Hoe untuk memilih Thailand daripada Vietnam untuk diletakkan dalam satu kumpulan dengan Malaysia jika ia boleh berlaku. Bagaimanapun, segala-galanya tetap bergantung kepada majlis undian hari ini apabila Thailand dan Vietnam diletakkan di balang pertama sementara Malaysia dan Myanmar di balang kedua. "Banyak kali jumpa mereka, kami tidak dapat keputusan yang positif sambil perlu bersedia berjumpa pasukan seperti Thailand.
"Saya perlu tumpukan persiapan yang baik untuk pasukan sendiri," katanya di Nadi Arena malam tadi. Dalam masa sama, Cheng Hoe menegaskan pemilihan pemain kali ini lebih menekankan muka-muka baru dengan campuran pemain berpengalaman di pentas antarabangsa. Jika dalam edisi 2018, Malaysia cemerlang layak ke pentas final, kali ini dia sudah pasti mahu menjulang kejuaraan selepas kali terakhir melakukannya 11 tahun lalu. "Kami ingin capai sesuatu yang terbaik. Kejohanan ini mungkin memberi saya peluang untuk mencuba pemain berbeza sebagai persiapan untuk menghadapi baki kelayakan Sukan Asia (Mac depan).
Topic Berkaitan
#Tan Cheng Hoe
#Vietnam
#Piala AFF
#majlis undian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan