SPORTS

Piala AFF: Najib beri kata-kata semangat untuk pasukan Harimau Malaya

Syafique Shuib 20/12/2014 | 04:49 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pasukan Harimau Malaya untuk main dengan penuh semangat. -Gambar fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi kata-kata semangat kepada pasukan Harimau Malaya yang akan menentang Thailand dalam perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014 malam ini.
Video berkenaan dimuat naik di akaun YouTube rasmi Najib tengah hari tadi.
“Saya percaya pasukan Harimau Malaya mempunyai kebolehan untuk memenangi Piala AFF Suzuki. Mainlah dengan penuh semangat dan rakyat Malaysia berdoa semoga pasukan Malaysia mencapai kejayaan menebus kekalahan di Bangkok baru-baru ini,” kata Najib dalam video yang berdurasi 35 saat itu.
Sementara itu, beberapa ahli politik lain mula memberi kata-kata semangat kepada pasukan Harimau Malaya. Antaranya adalah Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#harimau Malaya #Khairy Jamaluddin #Najib Tun Razak #Piala AFF Suzuki 2014