KUALA LUMPUR: Malaysia ditunjukkan jalan keluar daripada Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020 selepas tewas 1-4 di tangan musuh tradisi Indonesia, pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional Singapura, pada Ahad.
Keputusan itu menafikan impian skuad kebangsaan bimbingan Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe untuk mara ke peringkat separuh akhir, apabila menamatkan saingan kumpulan di tempat ketiga dengan hanya mengumpul enam mata daripada empat perlawanan.
Ia juga menyaksikan pasukan negara gagal melepasi saingan kumpulan kejuaraan dwi tahunan itu buat kali kedua selepas edisi 2016 dalam enam penganjuran terakhir dan ia kekalahan ketiga Malaysia kepada Indonesia dalam lima pertemuan terakhir mereka di pentas Piala AFF.
Sementara kejayaan menewaskan skuad Harimau Malaya membolehkan Indonesia di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Shin Tae-yong, melangkah ke separuh akhir selaku juara Kumpulan B dengan berkongsi 10 mata bersama Vietnam, yang terpaksa akur selaku naib juara kumpulan.
Pada pertembungan 'hidup mati' kedua-dua pasukan itu, Malaysia memulakan permainan berintensiti tinggi tersebut dengan cemerlang, apabila terlebih dahulu memecah kebuntuan menerusi rembatan dari luar kotak penalti M. Kogileswaran Raj pada minit ke-13.
Indonesia yang hanya memerlukan keputusan seri untuk mengesahkan tempat di separuh akhir, tidak patah semangat sebaliknya rancak mengatur serangan ke kubu pertahanan negara yang tempang tanpa dua pertahanan tengah utama, iaitu kapten pasukan Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak dan Shahrul Mohd Saad.
Ketiadaan dua tonggak itu diisi gandingan pemain kacukan Dion Cools dan Junior Eldstal yang dilihat gagal mencapai keserasian dan persefahaman yang baik, terutama di bahagian kiri bersama Muhammad Syahmi Safari.
Kepincangan itu dihidu skuad Garuda untuk meledak gol penyamaan menerusi Irfan Samaling Kumi pada minit ke-36, yang berpunca dari serangan balas selepas penyerang negara Muhammad Syafiq Ahmad terlepas peluang keemasan untuk menggandakan kedudukan buat Malaysia seminit sebelum itu.
Irfan Samaling sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring yang juga gol ketiganya pada kempen itu pada minit ke-43, apabila mudah menolak masuk bola yang melantun hasil percubaan Pratama Arhan Alif Rifai sekali gus kedudukan 2-1 itu kekal sehingga rehat.
Bersambung babak kedua, Cheng Hoe membuat keputusan 'berani mati' apabila mengarahkan Dion beraksi di bahagian serangan, untuk memberi laluan kepada Dominic Tan yang menggantikan pemain sayap Muhammad Safawi Rasid yang mengalami kecederaan pada penghujung babak pertama.
Bagaimanapun, semangat Malaysia untuk bangkit direntap seawal babak kedua, apabila Indonesia meledak jaringan ketiga pada minit ke-50 hasil rembatan dari luar kotak penalti Pratama Arhan, yang gagal diselamatkan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.
Indonesia yang kali terakhir beraksi di separuh akhir pada edisi 2016 tidak menunjukkan tanda-tanda memperlahankan tempo, sebaliknya terus mengasak memberi tekanan kepada Malaysia yang terus hilang arah, dalam usaha memburu keajaiban.
Pemain sayap Muhammad Akhyar Abdul Rashid serta dua penyerang iaitu Guilherme De Paula dan Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi dibawa masuk, namun tiada perbezaan ketara sebelum Indonesia melengkapkan malam gemilang menerusi gol keempat oleh pemain gantian Elkan William Tio Baggot pada minit ke-82.
Kemenangan itu juga menyaksikan Indonesia akhirnya melunaskan dendam dua kekalahan di tangan Malaysia pada saingan Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.
Dalam satu lagi aksi terakhir Kumpulan B, juara bertahan Vietnam membenam Kemboja 4-0 di Stadium Bishan, untuk mengiringi Indonesia ke separuh akhir.
Empat gol skuad Naga Emas itu masing-masing dijaringkan Nguyen Tien Linh pada minit ketiga, Nguyen Tien Linh (minit ke-27), Bui Tien Dung (minit ke-55) dan Nguyen Quang Hai pada minit ke-57.
Peringkat separuh akhir Piala AFF 2020 menyaksikan Indonesia akan berdepan Singapura yang menamatkan saingan Kumpulan A di tangga kedua sementara Vietnam akan membuat perhitungan berhadapan juara Kumpulan A Thailand dalam satu lagi aksi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 19 2021
Malaysia ditunjukkan jalan keluar daripada Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020 selepas tewas 1-4 di tangan Indonesia. - Facebook / affsuzukicup
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Cegah jenayah: Kerjasama komuniti kekang jenayah secara holistik
Jelasnya, program seumpama ini diharap dapat memberikan pendedahan tentang pencegahan jenayah dan menzahirkan aspirasi PDRM untuk penglibatan aktif warga komuniti dalam memerangi aktiviti jenayah.
PRK Kuala Kubu Baharu: Boon Lai tarik diri saat akhir
Hasrat Chng Boon Lai menjadi salah seorang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak kesampaian.
PRK N06 KKB: Kerajaan Perpaduan akan dibebani dengan isu semasa - Muhyiddin
Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kali ini akan menyaksikan Kerajaan Perpaduan ‘dibebani’ dengan isu-isu semasa yang dilihat membebankan rakyat, tegas bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRK N06 KKB: UMNO, BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional berpegang kepada prinsip mendukung calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan, iaitu Pang Sock Tao, biarpun beliau berasal daripada parti DAP yang pernah menjadi seteru mereka satu ketika dulu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Skuad Harimau Muda akhiri saingan AFF 2023 di tempat keempat
Skuad Harimau Muda bimbingan E. Elavarasan menyamai rekod terbaik Malaysia menduduki tempat keempat pada edisi sulung 2005.
Harimau Muda enggan berputih mata, buru pingat gangsa di Thailand
Skuad Bawah 23 Tahun ebangsaan bertekad untuk bangkit semula bagi melakar kemenangan ke atas pasukan tuan rumah pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat Kejohanan B-23 AFF esok.
Sampai masa AFF, AFC bergerak ke hadapan?
AFF ataupun AFC perlu mengambil inisiatif untuk memastikan semua ahli gabungannya mendapat manfaat sewajarnya.
AFF: Malaysia U19 bukti kemampuan diri
Sama-samalah kita percaya pada kemampuan skuad Harimau Muda ini dan pengurusan kejurulatihannya.
B-19 AFF: Harimau Muda benam Vietnam, mara ke final
Harimau Muda menewaskan Vietnam 3-0 pada aksi separuh akhir di Bekasi, Indonesia, hari ini.
AFF: Proses pembangunan tidak sistematik punca kegagalan - Teong Kim
Bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Lim Teong Kim mempertahankan prestasi mengecewakan barisan pemain muda negara pada kempen Kejuaraan B-23 AFF.
Kejohanan AFF B23: Laos tambah perit Malaysia
Skuad B23 negara terpaksa berdepan satu lagi kekecewaan apabila kecundang 2-0 di tangan Laos dalam saingan Kejohanan AFF B23, sebentar tadi.
Kejohanan Futsal AFF: Malaysia diundi bertemu Thailand, Indonesia
Skuad futsal kebangsaan bakal berdepan cabaran sengit pada Kejohanan Futsal Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 dari 3 hingga 12 April ini.
FAM optimis kemampuan skuad B-23 raih kemenangan ke atas Laos esok
FAM optimis skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan mampu melakar kemenangan dalam aksi menentang Laos esok.
AFF B-23: Malaysia dikejutkan Laos
Keputusan luar jangka itu menyaksikan skuad bimbingan Brad Maloney menempah laluan sukar untuk mara ke separuh akhir kejohanan berkenaan.