[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
SPORTS

Piala AFF: Singapura ikat Indonesia 1-1

Bernama 22/12/2021 | 15:39 MYT
Skuad The Lions akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi Ikhsan Fandi yang dengan tenang menewaskan penjaga gol Indonesia pada kedudukan satu-lawan-satu pada minit ke-70. - Gambar/ FB Football Association of Singapore
KUALA LUMPUR: Juara empat kali Singapura bangkit menyamakan kedudukan untuk mengikat Indonesia 1-1 pada saingan separuh akhir pertama perlawanan bola sepak Piala AFF 2020 di Stadium Nasional Singapura, malam ini.
Skuad Garuda mengejutkan tuan rumah dengan gol pembukaan yang disempurnakan oleh Witan Sualeman menerusi gerakan satu-dua dengan Asnawi Mangkualam pada minit ke-28.
Faris Ramli berpeluang untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-64 yang berjaya memperdaya pertahanan lawan dan berdepan penjaga gol Nadeo Argawinata namun percubaan jarak dekatnya melebar ke sebelah kiri pintu gol.
Skuad The Lions akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi Ikhsan Fandi yang dengan tenang menewaskan penjaga gol Indonesia pada kedudukan satu-lawan-satu pada minit ke-70.
Pemenang akan ditentukan berdasarkan keputusan agregat selepas perlawanan separuh akhir kedua berlangsung Sabtu ini di venue sama.
Juara bertahan Vietnam akan berdepan Thailand dalam satu lagi pertemuan separuh akhir pertama esok, manakala separuh akhir kedua berlangsung pada Ahad.
-- BERNAMA
#Piala AFF #Indonesia #Singapura #seri