awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala AFF: Thailand dalam keadaan takut - Zaquan

Astro Awani
Astro Awani
05/12/2018
07:06 MYT
Piala AFF: Thailand dalam keadaan takut  - Zaquan
Pertemuan pertama Malaysia-Thailand pada hujung minggu lalu berkesudahan seri 0-0. Foto TWITTER / AFF suzuki cup
Kapten skuad kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak, percaya terhadap kemampuan mereka untuk mendapatkan gol di Stadium Rajamangala sambil menegaskan Thailand pasti lebih tertekan menjelang pertemuan separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF 2018 malam ini.
Zaquan, yang telah menjaringkan tiga gol dalam kejohanan kali ini, percaya Thailand selaku tuan rumah pasti lebih tertekan untuk memenuhi tuntutan penyokong sendiri, lapor Astro Arena.
Selain itu, sekiranya Malaysia meraih keputusan seri dengan jaringan di Bangkok, aksi final sudah pasti menjadi milik Harimau Malaya, sekali gus menambahkan lagi tekanan buat pasukan bimbingan Milovan Rajevac itu yang hadir dengan status juara bertahan.
"Bagi saya, tiada yang mustahil dalam kamus bola sepak. Apa sahaja boleh berlaku selagi dapat berpegang dengan kekuatan mental dan semangat. Masing-masing sudah tahu peranan," kata Zaquan.
"Sudah tentu jaringan akan memberikan tekanan kepada lawan. Namun, kami tidak boleh tergopoh-gopoh. Apa yang pasti, mereka sedang tertekan kerana akan beraksi di laman sendiri. Kami bermain tanpa tekanan kerana lawan pasti sedar, jika kami menyumbat gol, kelebihan berpihak kepada kami.
"Thailand dalam keadaan takut untuk berdepan Malaysia," ujarnya lagi.
Sementara itu jurulatih Thailand Milovan Rajevac mengakui kebanyakan pemain Thailand tidak pernah memenangi Piala AFF Suzuki tetapi setiap pemain tahu apa yang mereka harus lakukan.
“Pada pertemuan pertama kami tidak merancang untuk bermain secara defensif tetapi situasi di Bukit Jalil memaksa kami berbuat demikian. Esok (mala mini) akan berbeza. Kami akan cuba jaringkan gol,” katanya.
Pertemuan pertama Malaysia-Thailand pada hujung minggu lalu berkesudahan seri 0-0.
Topic Berkaitan
#Bangkok
#bola sepak
#final
#harimau Malaya
#Malaysia
#Piala AFF
#rumah
#Thailand
#Zaquan Adha Abdul Radzak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan