YANGON: Skuad Harimau Malaya sekali lagi memikul harapan menggunung peminat untuk melihat Malaysia menamatkan penantian menggenggam kejuaraan pada saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 yang bermula hari ini sehingga 16 Jan depan.
Setelah sejarah tercipta Malaysia merangkul gelaran sulung dengan menewaskan Indonesia pada 2010, fakta yang tidak boleh disangkal ialah peminat di seluruh negara sentiasa mengharapkan detik itu kembali bagi menikmati kemanisan kejayaan yang pernah dikecapi 12 tahun lepas.
Dalam tempoh lebih sedekad itu, prestasi roller-coaster (terumbang-ambing) menghimpit pasukan negara selepas berjaya mara ke final pada 2014 dan 2018 tetapi muncul naib juara, selain turut mengundang kecaman peminat apabila terkandas di peringkat kumpulan pada 2016 dan 2021.
Sepanjang tempoh 12 tahun itu juga, empat jurulatih bersilih ganti dan tugas itu kini digalas pengendali dari Korea Selatan, Kim Pan Gon yang telah membuktikan sentuhannya dengan membawa Malaysia menamatkan penantian 42 tahun layak secara merit ke Piala Asia, Jun lepas.
Malaysia, yang diundi dalam Kumpulan B, akan memulakan cabaran bertemu Myanmar di Yangon, Rabu ini diikuti menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil (24 Dis), Vietnam di Hanoi (27 Dis) dan menerima kunjungan Singapura (3 Jan) di Bukit Jalil pada aksi terakhir kumpulan.
Berdasarkan ranking dunia, Malaysia di kedudukan ke-146 sepatutnya tidak berdepan masalah mara ke peringkat separuh akhir apabila hanya Vietnam pasukan berada di posisi lebih tinggi iaitu ke-96 dunia sementara Myanmar (ke-158), Singapura (ke-160) dan Laos ke-187.
Bagaimanapun, seperti istilah 'bola itu bulat' yang membawa maksud segala kemungkinan boleh terjadi, Malaysia tidak boleh memandang rendah kemampuan lawan dalam memburu dua slot ke peringkat separuh akhir, apatah lagi skuad bimbingan Pan Gon kali ini dibarisi kebanyakan muka baharu.
Vietnam, juara dua kali dan Singapura, juara empat kali masing-masing turun dengan reputasi unggul yang mampu memberikan tentangan hebat kepada Malaysia yang memiliki rekod kurang memberangsangkan bertemu kedua-dua pasukan itu.
Tempoh lapan tahun kebelakangan menyaksikan pasukan negara belum berjaya menumpaskan Vietnam dalam semua pertandingan - kalah enam dan seri sekali sementara masih mencari kemenangan pertama berdepan Singapura selepas tiga perlawanan sejak 2014.
Apa sahaja cabaran yang bakal diberikan kedua-dua pasukan itu, Malaysia juga perlu berwaspada dengan dua aksi pertama bertemu Myanmar dan Laos dengan kejayaan mengutip tiga mata daripada setiap perlawanan itu dapat menyuntik semangat dan membina keyakinan pemain.
Di atas kertas, tidak mustahil bagi Malaysia untuk mengulangi kejayaan sama ketika menewaskan Myanmar 3-0 dalam pertemuan terakhir di Bukit Jalil pada 2018, namun aksi di Yangon sentiasa memberikan kesukaran dan 'mimpi ngeri' kepada pasukan negara.
Dalam empat pertemuan terakhir di sini sejak 2008, Malaysia tewas tiga dan seri sekali - sudah tentu rekod tersebut menjadi sandaran terbaik buat skuad bimbingan Antoine Hey yang mempunyai kombinasi pemain muda dan berpengalaman untuk menafikan hasrat pasukan negara meraih tiga mata pertama.
Antara pemain yang perlu diberi perhatian benteng pertahanan negara adalah pemain sayap muda, Hein Htet Aung, yang mengumpul dua gol bersama Selangor FC dalam kempen Liga Super musim ini, selain barisan penyerang seperti Win Naing Tun, Aung Kaung Mahn dan Naing Zin Htet.
Namun, prestasi semasa Myanmar sebenarnya tidak memberangsangkan - gagal meraih kemenangan dalam saingan Kumpulan F kempen Kelayakan Piala Asia 2023, Jun lepas, sebelum tidak bermain sebarang perlawanan kompetitif sehingga dibelasah Thailand 6-0 pada aksi persahabatan, baru-baru ini.
Sementara, Malaysia menikmati persediaan terbaik menghadapi kempen Piala AFF apabila menjalani kem latihan pusat selama tiga minggu, malah meraih dua kemenangan masing-masing menentang Kemboja 4-0 dan Maldives 3-0 pada aksi persahabatan ntarabangsa Tier 1, baru-baru ini.
Justeru, kemenangan ke atas Myanmar esok bukan sahaja menamatkan badi di Yangon, malah akan menjadi motivasi terbaik buat Harimau Malaya untuk mengharungi saingan kumpulan yang mencabar dalam misi mencipta kejayaan yang akan dikenang peminat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 20 2022
Kim Pan Gon telah membuktikan sentuhannya dengan membawa Malaysia menamatkan penantian 42 tahun layak secara merit ke Piala Asia, Jun lepas. - Gambar fail
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Piala AFF: Ulangi sejarah atau pulang awal?
Skuad Harimau Malaya sekali lagi memikul harapan menggunung peminat untuk melihat Malaysia menamatkan penantian menggenggam kejuaraan pada saingan Piala FF 2022 yang bermula hari ini sehingga 16 Jan.
Piala AFF: Harga tiket tonton Harimau Malaya menentang Laos dan Singapura diturunkan - FAM
Jelas Hamidin, keputusan itu diambil selepas mengambil kira reaksi daripada pelbagai pihak terutama penyokong Harimau Malaya.
Dapat satu, dua gol pun jadilah - Tun M
Katanya, Skuad Harimau Malaya yang bakal menentang pasukan Vietnam dalam perlawanan akhir Piala AFF Suzuki malam ini dilihat sebagai satu simbol perpaduan yang unik dalam negara.
Vingada bergelut dengan kesukaran
Nelo Vingada menyifatkan kesukaran mengumpul pemain yang memenuhi kriterianya merupakan halangan utama dalam membentuk sebuah pasukan yang berjaya pada pusingan kelayakan Piala Asia 2017.
Habuan RM30,000 jika menang bertemu Hong Kong - Presiden FAM
Skuad Harimau Malaya menerima suntikan semangat menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2019 menentang Hong Kong.
Misi penting Safee di Australia
Penyerang sensasi negara, Safee Sali punya misi yang cukup penting pada sesi latihan Skuad Harimau Malaya di Australia, kini.