[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
SPORTS

Piala AMEC: Didakwa jual perlawanan, penjaga gol Kemboja bebas tuduhan

Astro Arena 06/03/2025 | 07:15 MYT
FFC sebelum ini melancarkan satu siasatan mengenai spekulasi Vireak Dara menjual permainan ketika Kemboja menentang Singapura. - Stadium Astro
PENJAGA gol Kemboja, Vireak Dara, bebas daripada tuduhan mengatur perlawanan semasa pertembungan menentang Singapura dalam Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024, Disember lalu.
Menurut pengumuman rasmi badan induk, Persekutuan Bola Sepak Kemboja (FFC), telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sebarang bukti kukuh untuk menuduh individu tersebut, sebaliknya dia tidak bersalah atas kesilapan yang dilakukan sewaktu tewas kepada The Lions itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, FFC melancarkan satu siasatan mengenai spekulasi Vireak Dara menjual permainan.
Peminat tempatan menggesa FFC menjalankan siasatan terhadap kontroversi yang dilihat membuat percaturan terhadap dua kesilapan besar yang dilakukannya. -- Stadium Astro
#enjaga gol Kemboja #Vireak Dara #bebas tuduhan atur perlawanan #Piala ASEAN Mitsubishi Electric