Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
SPORTS

Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama

Astro Awani 11/12/2024 | 15:23 MYT
Pemain Malaysia Muhammad Syafiq Ahmad diasak pemain Timor-Leste pada perlawanan kumpulan A Piala ASEAN 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu malam. - Bernama
SKUAD Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.

Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.

Penyerang negara Syafiq Ahmad membuka jaringan selepas meledakkan hantaran lintang Fergus Tierney pada minit ke-37.

Bagaimanapun, sebelum separuh masa pertama berakhir, Harimau Malaya dikejutkan dengan dua jaringan Timor Leste menerusi Olagar Xavier dan Joao Pedro Da Silva Freitas masing-masing pada minit ke-46 dan 48.

Sebaik separuh masa kedua bermula, Malaysia mula menggandakan asakan ke kubu lawan dan memperoleh gol penyamaan pada minit ke-70 hasil jaringan Paulo Josue.

Harimau Malaya kembali di hadapan selepas Paulo Josue menjaringkan gol peribadi keduanya pada minit ke-83 untuk menjadikan kedudukan 3-2.

Keputusan kekal sehingga ke wisel penamat seterusnya memberikan tiga mata berharga buat negara dalam perlawanan kedua saingan Piala ASEAN.

Perlawanan ketiga kumpulan A pada 14 Disember membabitkan skuad Harimau Malaya menentang Thailand di Bangkok.

#Piala ASEAN #harimau Malaya #Timor Leste #tiga mata