KUALA LUMPUR: Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini mengesahkan Australia, Indonesia, Korea Selatan dan Qatar telah mengemukakan tawaran untuk menggantikan China sebagai tuan rumah Piala Asia 2023.
Pada Mei tahun ini, Persatuan Bola Sepak China (CFA) mengumumkan penarikan diri daripada menjadi tuan rumah Piala Asia 2023 berikutan pandemik COVID-19.
Tarikh tamat asal untuk menghantar bidaan menjadi tuan rumah Piala Asia 2023 berakhir hujung bulan lepas tetapi ia dilanjutkan hingga 15 Julai.
AFC yang merupakan badan pentadbir bola sepak Asia berkata dalam satu kenyataan hari ini, Jawatankuasa Eksekutifnya akan mengumumkan tuan rumah kepada pertandingan 24 pasukan itu pada 17 Okt depan.
Malaysia merupakan antara 24 pasukan yang layak ke Piala Asia 2023.
Pada 14 Jun lepas, skuad negara di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Kim Pan Gon menamatkan penantian 42 tahun Malaysia untuk layak ke Piala Asia secara merit selepas menduduki tempat kedua Kumpulan E dalam Kelayakan Piala Asia 2023 dan mara sebagai satu daripada lima pasukan teratas daripada enam kumpulan.
Dalam aksi kelayakan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Malaysia bermula dengan langkah kanan dengan menewaskan Turkmenistan 3-1 sebelum tewas kepada Bahrain 1-2 dan membenam Bangladesh 4-1 dalam perlawanan terakhir.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia beraksi di dalam Piala Asia ialah ketika menjadi tuan rumah bersama pada 2007 tetapi kali terakhir negara layak secara merit ialah pada edisi 1980 di Kuwait.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 18 2022
Tarikh tamat asal untuk menghantar bidaan menjadi tuan rumah Piala Asia 2023 berakhir hujung bulan lepas tetapi ia dilanjutkan hingga 15 Julai. - Gambar fail/ Stadium Astro
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Harimau Malaya belasah Nepal sebelum hadapi Oman
Malaysia menampilkan kelas tersendiri apabila membelasah pasukan ranking dunia ke-175, Nepal 5-1 pada perlawanan ujian tertutup malam tadi.
Indonesia ikut jejak langkah Malaysia harumkan nama di pentas Asia
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menobatkan Anugerah Bantuan Jaringan Terbaik Piala Asia 2023 milik pemain sayap Indonesia, Yakob Sayuri.
Thailand kini di kedudukan 101 ranking FIFA
Thailand mendaki 12 anak tangga untuk kekal di ranking teratas, diikuti Vietnam, Malaysia, Filipina, Indonesia dan Singapura.
Piala Asia: Afif dedikasi kejayaan Qatar, hatrik kepada isteri tercinta
Akram Afif mendedikasikan kejayaan The Maroons mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2023 selepas menewaskan Jordan 3-1 kepada isterinya.
Piala Asia: Afif lakar hatrik penalti bantu Qatar pertahan kejuaraan
Tuan rumah Qatar mempertahankan gelaran juara Piala Asia 2023 selepas menewaskan Jordan 3-1 pada perlawanan akhir penuh kontroversi.
Piala Asia: Antara Qatar dan Jordan, siapa bakal bergelar Raja Asia?
Selepas hampir sebulan menempuh perjalanan yang mencabar, tuan rumah Qatar dan Jordan sudah sampai ke kemuncak saingan Piala Asia 2023.
Afif laung amaran kejayaan Qatar kekal menjelang aksi final
Selepas The Maroons menyingkirkan juara tiga kali Iran malam tadi, Afif berkata, kejayaan Qatar tidak akan berhenti setakat di sini.
Ghalehnoy ambil tanggungjawab sepenuhnya selepas Iran gagal ke final
Kegagalan melakukan penyudahan beberapa peluang terhidang merupakan faktor terbesar yang membawa kepada kekalahan.
Qatar selangkah pertahan kejuaraan Piala Asia 2023 selepas rentap ego Iran
Penyerang sensasi Akram Afif memastikan Qatar bangkit daripada ketinggalan apabila meledak gol kedua pasukan di hujung separuh masa pertama.
Piala Asia: Empat pemain Liga Malaysia bawa Jordan ke final singkir Korea Selatan
Empat pemain berkenaan ialah Noor Al-Rawabdeh, Yazan Al-Arab (Selangor), Mahmoud Al Mardhi (Kedah Darul Aman) dan Fadi Awad (PDRM).