awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Asia 2025: Jangan pandang mudah cabaran Thailand

Bernama
Bernama
06/05/2025
15:00 MYT
Piala Asia 2025: Jangan pandang mudah cabaran Thailand
Dalam acara regu, Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama Filipina, Nepal dan Singapura, manakala dalam acara regu berpasukan, skuad negara diundi dalam Kumpulan B bersama Korea Selatan, Brunei dan Jepun. - Gambar FB Persatuan Sepaktakraw Malaysia
KUALA LUMPUR: Skuad negara diingatkan supaya tidak memandang mudah cabaran Thailand yang dibarisi muka-muka baharu pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025, yang akan membuka tirainya Sabtu ini.
Tekong pasukan negara Mohd Syahir Mohd Rosdi berkata meskipun Thailand tidak menyenaraikan pemain-pemain ternama pada kejohanan itu, beliau percaya pasukan itu mampu memberikan saingan sengit bagi merebut gelaran juara.
"Pemain-pemain yang disenaraikan Thailand sebenarnya kami kenal, cuma mereka baru sahaja dipanggil sertai pasukan kebangsaan. Thailand sudah tentu tidak menghadapi kejohanan itu sambil lewa dan siapa yang mereka panggil itu sudah tentu pemain yang hebat.
"Jadi bagi saya, kita tidak boleh ambil mudah cabaran Thailand walaupun kali ini hampir kesemua pemain yang disenaraikan adalah pemain baharu. Jadi, saya harap pemain-pemain akan kekal fokus dan beri aksi yang terbaik ketika menentang Thailand," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Dalam pada itu, atlet berusia 29 tahun itu berkata beliau mengidam untuk membantu pasukan negara meraih gelaran juara dalam acara regu berpasukan.
"Selain mahu menjadi juara acara regu, saya juga sebenarnya mahu menjuarai acara regu berpasukan. Hanya acara itu saya belum menang bersama pasukan kebangsaan.
"Sebelum ini kalau kita lihat, pasukan negara sering kalah tipis 1-2 kepada Thailand bagi acara regu berpasukan. Jadi, saya harap mampu bantu pasukan menang acara ini," katanya.
Dalam acara regu, Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama Filipina, Nepal dan Singapura, manakala dalam acara regu berpasukan, skuad negara diundi dalam Kumpulan B bersama Korea Selatan, Brunei dan Jepun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#acara regu
#Piala Asia 2025
#skuad negara
#kalah tipis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan