awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penunggang motosikal maut digilis treler
NVIDIA dilapor tangguh rundingan pelaburan sehingga AS$100 bilion dalam OpenAI
LHDN umum perubahan portfolio TKPE, perkukuh keberkesanan organisasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Asia 2025: Sarjit puas hati Speedy Tigers tutup kempen di tempat ketiga

Bernama
Bernama
08/09/2025
01:30 MYT
Piala Asia 2025: Sarjit puas hati Speedy Tigers tutup kempen di tempat ketiga
SARJIT: Saya berpendapat prestasi pemain semakin meningkat dan kita perlu lebih baik dari semasa ke semasa. Buat masa ini kita berada di landasan yang betul. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengendali pasukan hoki negara, Sarjit Singh mengakui berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan anak buahnya selepas berjaya menamatkan kempen Kejohanan Hoki Piala Asia 2025 di tempat ketiga.
Beliau berkata meskipun tidak mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir, pemain negara tetap menunjukkan peningkatan dari segi prestasi sepanjang kejohanan berlangsung.
“Untuk kejohanan ini kita telah berjaya menjaringkan 33 gol dan melepaskan 11 gol dengan purata 4.7 gol pada setiap perlawanan. Malah pemain kita, Mohamad Akhimullah Anuar Esook dinobatkan sebagai penjaring terbanyak dengan 12 gol.
“Saya berpendapat prestasi pemain semakin meningkat dan kita perlu lebih baik dari semasa ke semasa. Buat masa ini kita berada di landasan yang betul,” katanya menerusi video yang dikongsikan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) semalam.
Dalam pada itu Sarjit turut melahirkan rasa bangga dengan anak buahnya yang berjaya memastikan ranking Malaysia kekal berada di kedudukan ke-12 dunia apabila menang ke atas China semalam.
Beliau berkata kedudukan ranking Speedy Tigers itu sedikit sebanyak akan membantu pasukan negara di pusingan Kelayakan Piala Dunia yang akan berlangsung tahun hadapan.
Terdahulu Malaysia menamatkan kempen Kejohanan Hoki Piala Asia di tempat ketiga selepas menumpaskan China 3-1 pada aksi penentuan tempat ketiga keempat di Stadium Hoki Universiti Bihar, India semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sarjit Singh
#Speedy Tigers
#hoki
#Piala Asia 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan