THAILAND muncul satu-satunya wakil Asia Tenggara yang merekodkan kemenangan di kempen Piala Asia 2023.

Kemenangan 2-0 ke atas Kyrgyzstan itu hasil jaringan penyerang muda Buriram United, Supachai Chaided masing-masing pada minit ke-26 dan m-48.

Supachai dilahirkan di Pattani dan antara pemain berbangsa Melayu yang disenaraikan Masatada Ishii ke Qatar kali ini.

Untuk perkembangan terkini dan berita saingan Piala Asia 2023, KLIK DI SINI!

Berdasarkan maklumat di Transfermarkt, pemain berusia 25 tahun itu bukan sahaja boleh mengetuai bahagian serangan, namun boleh diletakkan sebagai penyerang kedua atau beraksi di bahagian sayap.

Selain Supachai, pemain berbangsa Melayu yang pernah menyarung jersi skuad Gajah Perang antaranya ialah Adul Lahsoh, Nurul Sriyankem, Narubadin Wirawatnodom dan beberapa pemain lagi.

Supachai sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang wartawan jelita, Pia Butsakorn.

*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian