KUALA LUMPUR: Tumpuan meluas terhadap Piala Asia menyaksikan kejohanan bola sepak berprestij itu sebagai platform terbaik buat barisan pemain negara, menempa nama tersendiri bagi menarik perhatian kelab antarabangsa.
Pada saingan Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), sebanyak 836.6 juta peminat berinteraksi melalui platform digital, yang menjadikan ia jumlah tertinggi dalam sejarah penganjuran kejohanan itu selain hampir menggandakan jumlah 434 juta tontonan televisyen pada edisi 2015 di Australia.
Capaian di Facebook rasmi Piala Asia 2019 berjaya merekodkan 169.4 juta, Twitter (106.5 juta), Instagram (132.4 juta) dan menerusi YouTube kejohanan selama 28 hari itu, mencatat lebih 700,000 juta jam tontonan.
Perhatian diberikan dunia pada edisi terdahulu, menyaksikan Piala Asia 2023 berupaya membuka peluang kepada pemain watan menjenamakan diri sebagai pemain berkebolehan selain menjadi titik tolak permulaan kepada karier baharu di luar negara.
Secara tidak langsung, perkara itu mampu menjadi elemen terpenting yang mendorong barisan pemain terutama yang masih muda berusaha memperbaiki mutu permainan, bagi memastikan diri terpilih untuk berpeluang memperagakan kehebatan sebenar di kejohanan itu nanti.
Malah, legenda skuad kebangsaan Datuk Jamal Nasir Ismail, mencabar skuad Harimau Malaya membuktikan kepada dunia bahawa bola sepak Asia tidak hanya terhad kepada pasukan gergasi seperti Iran, Jepun, Korea Selatan, Australia dan Arab Saudi.
"Bermain di Piala Asia 2023 akan buka peluang kepada pemain negara tunjukkan aksi terbaik supaya dunia mula melihat bola sepak Malaysia," kata Jamal Nasir ketika dihubungi.
"Selama ini mereka (dunia) mungkin tak nampak, hanya nampak Asia adalah Jepun dan Korea Selatan yang bermain di Piala Dunia, tetapi mereka juga tidak ke mana. Jadi, pastikan Piala Asia 2023 menjadi titik tolak kepada pasukan Malaysia," kata bekas pemain pertahanan Pahang itu.
Minggu lepas, skuad kebangsaan bimbingan Kim Pan Gon menamatkan penantian 42 tahun untuk Malaysia layak secara merit ke Piala Asia, selepas menduduki tempat kedua Kumpulan E saingan Kelayakan Piala Asia 2023 sekali gus mara selaku antara lima naib juara terbaik dari enam kumpulan.
Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia beraksi di Piala Asia adalah pada edisi 2007 ketika menjadi tuan rumah bersama, namun lebih empat dekad gagal layak secara merit sejak edisi 1980 di Kuwait.
Berdasarkan senarai akhir pemain dalam skuad Pan Gon menghadapi kempen kelayakan baru-baru ini, hanya dua pemain berpangkalan di luar negara iaitu Dion Cools yang bersama kelab Belgium SV Zulte Waregem dan Junior Eldstal mewakili kelab Thailand Chonburi FC.
Jumlah sama dicatat dalam skuad Bawah 23 Tahun (B-23) ke Kejohanan Piala Asia B-23 di Tashkent, Uzbekistan bulan ini apabila hanya Luqman Hakim Shamsudin yang beraksi dengan kelab Belgium KV Kortrijk dan Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak (Azul Claro - Jepun), berpangkalan di luar negara.
Namun, lebih ramai pemain negara dijangka bakal menerima tawaran dari kelab antarabangsa jika Malaysia tampil dengan persembahan berkualiti di Piala Asia 2023, malah lebih banyak mata akan terbuka sekiranya pasukan negara berjaya mencipta kejutan melepasi peringkat kumpulan.
Justeru, Jamal Nasir menasihatkan barisan pemain sedia ada supaya tidak terlalu selesa dengan pencapaian ke Piala Asia dan segera mempersiapan diri untuk berdepan saingan sengit di kejohanan itu.
"Setiap pemain jangan berasa bangga kerana kita masih jauh lagi nak pergi, jadi kena bersedia, fokus dan sentiasa ingat bahawa negara memerlukan anda semua," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 20 2022
Piala Asia 2023 berupaya membuka peluang kepada pemain watan menjenamakan diri sebagai pemain berkebolehan selain menjadi titik tolak permulaan kepada karier baharu di luar negara. - Gambar fail/Facebook FAM
Kes tembak KLIA: Suspek didakwa lagi esok
Hafizul Hawari, 38, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel - Huwaida Arraf
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual memulakan pelayaran pada Jumaat ini tidak akan menggunakan laluan di perairan Israel.
Upacara penghormatan terakhir
Bersama kita wartawan Umavathi Ramayah yang kini berada di Masjid Salahuddin Al Ayubi Taman Melati.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Upacara penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Harimau Malaya jumpa Oman pagi Jumaat
Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon telah menjalani Sesi Latihan Rasmi di stadium berkenaan pada Rabu.
Arif Aiman tiada dalam skuad B-23 ke Piala Asia
TEKA-teki sama ada pemain sayap lincah, Arif Aiman Hanapi akan disenaraikan dalam skuad Harimau Muda ke Piala Asia bawah 23 tahun (B-23) Qatar pada April akhirnya terjawab.
'Saya kecewa, terluka' - Pan-gon
Kim Pan-gon mengharapkan penyokong tidak meletakkan harapan terlalu tinggi menjelang dua perlawanan Kumpulan D saingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Keadaan padang baik, aksi Harimau Malaya-Oman kekal di Stadium Nasional
Stadium Nasional Bukit Jalil kekal menjadi venue bagi aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 melibatkan skuad Harimau Malaya menentang Oman.
Faisal Halim menang gol terbaik Piala Asia
Faisal Halim memenangi gol terbaik pada Piala Asia Qatar apabila jauh mendahului pesaing lain selepas undian ditutup pada awal pagi Isnin.
EPL: Ange Postecoglou bela Son Heung-min atas insiden Piala Asia
Ange Postecoglou tampil mempertahankan kapten Tottenham, Son Heung-min, atas insiden yang berlaku dalam kem Korea Selatan sewaktu saingan Piala Asia.
Republik Korea ambil keputusan lepaskan khidmat Jurgen Klinsmann
Ketua jurulatih Republik Korea, Jurgen Klinsmann, telah dipecat selepas hanya bersama pasukan selama 12 bulan.
Piala Asia: Kalau Qatar ada 'Salah', Jordan ada 'Messi'
Mousa Al Tamari selangkah sahaja lagi untuk mencipta sejarah tersendiri bagi negara kelahirannya Jordan muncul juara pertama kali bagi Piala Asia.
Jordan tetap 'musuh' walaupun hubungan kami umpama adik-beradik - Pengendali Qatar Lopez
Menjelang perlawanan akhir Piala Asia 2023 malam esok, Ketua Jurulatih Qatar Marquez Lopez berkata The Maroons, tetap melihat Jordan sebagai 'musuh'.
Nama Liga-M, Selangor FC 'hangat' selepas Jordan ke final Piala Asia 2023
Liga Malaysia (Liga-M) dan Selangor FC menjadi sebutan, apabila Jordan mencipta sejarah layak ke final Piala Asia.