SPORTS
Piala Asia: Malaysia mara ke final, tempah slot ke Piala Dunia 2025
Kebangkitan Malaysia dalam perlawanan penentuan terakhir pusingan kedua (Kumpulan C), Kejohanan Piala Asia Hoki Dalam Dewan Taldykorgan, Kazakhstan, dengan mengikat Iran 3-3 membawa Malaysia ke pentas final. - Foto Malaysian Hockey Confederation
KUALA LUMPUR: Skuad hoki dalam dewan lelaki kebangsaan mara ke final Piala Asia 2024 selepas mengikat Iran 3-3 pada aksi Kumpulan C malam tadi.
Keputusan itu menyaksikan Malaysia memperoleh lima mata keseluruhan dan menduduki tangga kedua Kumpulan C di belakang Iran yang mengumpul tujuh mata, sekali gus menempah slot ke Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2025 di Porec, Croatia pada 3 hingga 9 Feb tahun depan.
Aksi Kumpulan C di Kompleks Sukan Taldykorgan, Kazakhstan malam tadi menyaksikan Iran membuka jaringan menerusi pukulan sudut penalti Shahrokhi Mahdi seawal minit ke-10 sebelum Mirzakhani Amirmahdi menggandakan kedudukan menerusi jaringan padang enam minit kemudian.
Malaysia bangkit merapatkan jurang apabila Abdul Khaliq Hamirin membolosi gawang pasukan lawan pada minit ke-21, namun Shahrokhi sekali lagi membuat jaringan pukulan sudut penalti untuk Iran mendahului 3-1 pada minit ke-27.
Seminit kemudian pertahanan negara Muhammad Aminuddin Mohd Zaid menghadiahkan jaringan kedua Malaysia sebelum Abdul Khaliq menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-30.
Terdahulu, Malaysia melepasi cabaran pertama dalam pusingan kedua Piala Asia 2024 dengan menewaskan Thailand 5-2 pada Khamis.
Pada pusingan pertama dalam Kumpulan B, skuad negara membelasah Oman 10-2 pada Selasa lepas, diikuti seri 3-3 dengan tuan rumah Kazakhstan dan mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua dengan mengatasi juara Sukan SEA 2023, Indonesia, 5-4 pada Rabu.
Skuad kendalian Mohd Rodzhanizam Mat Radzi itu sekali lagi dijadual bertemu Iran pada aksi final yang akan berlangsung pada 5 petang ini (waktu Malaysia).
-- BERNAMA