Piala Asia: Natxo Insa bakal turun bertemu Bahrain?

Astro Arena
Januari 18, 2024 04:00 MYT
Tewas dengan empat jaringan di Stadium Al-Janoub ternyata memberikan tamparan hebat buat skuad Harimau Malaya. - Foto Stadium Astro
MENJELANG aksi kedua peringkat kumpulan saingan Piala Asia 2023, Malaysia ternyata kini dalam kedudukan mahu memastikan kemenangan dengan misi untuk membawa cabaran ke pentas pusingan 16 susulan tewas 4-0 dalam aksi pertama ke atas Jordan.
Tewas dengan empat jaringan di Stadium Al-Janoub ternyata memberikan tamparan hebat buat skuad Harimau Malaya yang membawa misi ke Qatar dengan harapan untuk melepasi peringkat kumpulan.
Kini, terdapat bayangan bahawa jentera tengah sekali lagi bakal dirombak dengan kehadiran pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Natxo Insa bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Afiq Fazail ekoran berdepan kecederaan.

Natxo Insa ready, dijangka diturunkan bertemu Bahrain. Afiq Fazail tak sertai latihan, difahamkan alami kecederaan. @ASTROARENA pic.twitter.com/77Tja2yIRM

— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) January 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk perkembangan terkini dan berita saingan Piala Asia 2023, KLIK DI SINI!
Stadium Jassim Bin Hamad bakal menjadi saksi pertemuan Malaysia bertemu Bahrain Sabtu ini pada jam 10.30 malam, ikuti liputan menyeluruh menerusi saluran Astro Arena dan Astro Go.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
#Piala Asia #natxo insa #harimau Malaya #Bahrain