awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Asia: Pasukan Palestin mahu baiki kelemahan dan beri saingan terbaik

Bernama
Bernama
15/01/2024
03:15 MYT
Piala Asia: Pasukan Palestin mahu baiki kelemahan dan beri saingan terbaik
Makram Daboub di Education City Stadium, Al Rayyan, Qatar selepas tamat perlawanan Kumpulan C saingan Piala Asia 2023 antara Iran dan Palestin, 14 Jan 2024. - REUTERS
DOHA: Jurulatih pasukan kebangsaan Palestin, Makram Daboub, melahirkan kekecewaannya ekoran kekalahan pasukannya 1-4 kepada Iran dalam Piala Asia 2023, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Daboub berkata jaringan gol awal oleh pihak lawan dilihat telah mengganggu momentum pemain.
"Pasukan sasar untuk baiki kesilapan dalam dua perlawanan peringkat kumpulan akan datang.
"Perlawanan akan datang menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) amat penting dalam menentukan peluang pasukan Palestin untuk layak ke peringkat seterusnya," kata Daboub.
Jurulatih itu berkata pemainnya berdepan seteru yang hebat dan kekalahan itu mungkin berpunca daripada kurang tumpuan.
Beliau merakamkan penghargaan kepada peminat yang hadir memberikan sokongan dan berharap sokongan ini akan berterusan.
Daboub yakin pasukan Palestin yang mempunyai senarai pemain berbakat mampu memberikan saingan terbaik dalam dua lagi perlawanan untuk melangkah ke pusingan seterusnya.
-- BERNAMA
Keputusan, jadual dan berita terkini Piala Asia Qatar 2023 di sini
Topic Berkaitan
#Palestin
#Makram Daboub
#Iran
#Piala Asia 2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan