Piala Asia: Qatar mula kempen pertahan trofi dengan meyakinkan

Astro Arena
Januari 13, 2024 04:00 MYT
Dua gol daripada Akram Afif dan satu lagi jaringan daripada Almoez Ali menyaksikan tuan rumah membuat permulaan sempurna di hadapan 82,490 peminat. - Stadium Astro
QATAR memulakan kempen mempertahankan trofi Piala Asia 2023 dengan kemenangan 3-0 ke atas Lubnan di Stadium Lusail, awal pagi tadi.
Dua gol daripada Akram Afif dan satu lagi jaringan daripada Almoez Ali menyaksikan tuan rumah membuat permulaan sempurna di hadapan 82,490 peminat.
Satu-satunya kebimbangan buat ketua jurulatih, Bartolome Marquez Lopez, adalah kecederaan penggempur utama, Ali, dalam separuh masa kedua.
Begitupun, Afif membuktikan dia mampu menjadi duri di dalam daging pihak lawan menerusi penyudah klinikal dalam setiap babak.
Afif membuka tirai jaringan pada minit ke-45 dan menutup permainan dengan gol ketiga dalam masa kecederaan.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
#Piala Asia #Qatar #lubnan #Doha