Piala B-19 AFF 2022 milik Malaysia, benam Laos 2-0

Astro Awani
Julai 15, 2022 15:21 MYT
Malaysia muncul juara kejohanan bawah 19 tahun Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 selepas menundukkan Laos 2-0 di pentas final pada Jumaat malam. - Foto Facebook FAM
MALAYSIA juara kejohanan bawah 19 tahun Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 selepas menundukkan Laos 2-0 di pentas final pada Jumaat malam.
Skuad bola sepak bawah 19 tahun negara mempamerkan aksi cemerlang di Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi, Indonesia dengan mematahkan setiap serangan yang dicetuskan Laos.
Malaysia mendahului pada minit ke-14 hasil jaringan Faiz Amer Runnizar berpunca daripada sepakan percuma yang diambil Aliff Izwan.
Pada minit ke-76, Aliff terus meletakkan Malaysia di kedudukan selesa menerusi jaringan kedua selepas menyempurnakan hantaran cantik rakan sepasukan.
Pencapaian terbaik skuad negara di pentas kejuaraan B-19 AFF adalah semasa menjuarai edisi 2018 dengan menumbangkan Myanmar 4-3 pada final di Indonesia.
#Malaysia #Juara #Piala B-19 AFF 2022 #laos #bola sepak #Persekutuan Bola Sepak ASEAN