KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad remaja lelaki negara Muhamad Amin Rahim percaya pasukannya perlu bermain sekurang-kurangnya 50 perlawanan antarabangsa sebagai persediaan menghadapi Piala Dunia Hoki Remaja (JWC) yang dijadual berlangsung November tahun depan.
Beliau berkata ini kerana, skuad itu baru sahaja dapat beraksi semula dan Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) adalah siri pertama perlawanan antarabangsa mereka selepas dua tahun terhenti berikutan pandemik COVID-19.
Malah, katanya menerusi kenyataan dikeluarkan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) pada Isnin, kejohanan itu adalah aksi antarabangsa pertama bagi kebanyakan pemain.
Muhamad Amin berkata pemain perlu memberi perhatian terhadap mengukuhkan dan menyelaraskan keupayaan mental mereka supaya dapat mengekalkan semangat tinggi selama 60 minit dalam perlawanan antarabangsa secara konsisten.
"Kekuatan dan penyesuaian mental akan memainkan peranan penting kerana kejohanan antarabangsa melibatkan tahap permainan yang sangat tinggi dan tempoh yang lama, jadi jika pemain tidak dapat mengawal emosi mereka tidak akan mampu menyerap tekanan yang dihadapi di atas padang.
"Kekuatan mental juga memberi kesan kepada keupayaan pemain untuk membuat keputusan penting dengan baik ketika berada dalam tekanan," katanya.
Malaysia tewas 2-5 kepada India pada perlawanan pembukaan (22 Okt) sebelum kecundang 0-8 kepada Australia semalam di kejohanan SOJC di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru.
Pasukan negara masih berbaki tiga perlawanan iaitu menentang Afrika Selatan esok, diikuti Great Britain (26 Okt) dan Jepun (28 Okt).
Muhammad Amin berkata pasukan jurulatihnya akan menggunakan kejohanan SOJC yang membuka tirai Selasa lepas, untuk mengenal pasti kesilapan serta kelemahan bagi mempersiapkan skuad negara ke JWC sekali gus menepati sasaran MHC untuk sampai ke separuh akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 24 2022

Pemain Malaysia Shafiq Ikhmal Daniel (kanan) dicabar pemain Australia Cambell Geddes pada Perlawanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) di Stadium Hoki Taman Daya. - Foto BERNAMA

Bincang dengan KKM nilai perubatan kanabis, ketum - TPM
Kementerian Perladangan dan Komoditi sedang melihat potensi perubatan yang ada dalam tanaman kanabis dan ketum, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Polis buru lelaki pandu lawan arus di MRR2
Polis sedang memburu seorang pemandu lelaki yang dikesan memandu secara melawan arus di Kilometer 11.9 Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

23 syarikat diberi lesen pengelola jemaah haji tahun ini - TH
Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) kepada 22 syarikat pelancongan tempatan dan anak syarikatnya, TH Travel & Services Sdn Bhd, bagi musim haji 1444H / 2023.

Agenda AWANI: Isu kekurangan guru, bila nak selesai?
Profesion guru didakwa semakin membebankan dengan tugas melampau hingga menyebabkan ada yang memilih bersara awal kerana tertekan? Apa penyelesaiannya?

Anifah dilantik Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sabah
Anifah Aman dilantik sebagai Penasihat Khas Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

EU bukan Islamofobia - Duta
Tindakan dua pelampau Islamofobia yang membakar al-Quran baru-baru ini amat menyedihkan, tegas Michalis Rokas.

"Pembentukan Kerajaan Perpaduan hanya untuk balas budi Zahid" - Muhyiddin
Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa tidak seperti apa yang dijanjikan khususnya dalam soal integriti dan tatakelola yang baik.

Marah di balai polis, lelaki ditahan miliki video lucah
Polis menahan seorang lelaki kerana berkelakuan tidak sopan dan disyaki memiliki video lucah, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, semalam.

Agenda AWANI: Malaysia-Singapura | Kerjasama Ekonomi Baharu
Singapura adalah rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan mencatat RM367.53 bilion (AS$83.53 bilion) tahun lalu. Apa lagi kerjasama ekonomi baharu yang boleh dirintis kedua-dua buah negara?

12 ekor kucing 'harta' pertama diselamatkan ketika banjir
Dalam kejadian banjir itu, kediaman Faridah dan suaminya Ahad Musa, 52, antara yang teruk terjejas apabila air naik hingga ke paras pinggang.

Piala Dunia 2023: Skuad hoki remaja perlu 50 perlawanan antarabangsa
Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) adalah siri pertama perlawanan antarabangsa mereka selepas dua tahun terhenti.