Piala Dunia 2026: Dari Los Angeles hingga ke Mexico City, FIFA umum 16 venue rasmi

Astro Arena
Jun 17, 2022 09:01 MYT
Ia juga akan menjadi Piala Dunia pertama yang menampilkan 48 pasukan, dan ketiga-tiga negara tuan rumah dijangka akan diberikan kelayakan automatik. - Stadium Astro
GELANGGANG untuk Piala Dunia 2026 rasmi diumumkan dengan 16 bandar bakal menjadi tuan rumah di seluruh Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico.
Ia juga akan menjadi Piala Dunia pertama yang menampilkan 48 pasukan, dan ketiga-tiga negara tuan rumah dijangka akan diberikan kelayakan automatik.
Bandar-bandar AS yang diberi tugas untuk menganjurkan perlawanan berprestij itu terdiri daripada Atlanta, Boston, Dallas, Houston, Kansas City, Los Angeles, Miami, New York/New Jersey, Philadelphia, San Francisco dan Seattle.
Guadalajara, Monterrey dan Mexico City menjadi bandar Mexico yang diberi keistimewaan itu, manakala Toronto dan Vancouver akan menganjurkan semua permainan yang diperuntukkan kepada Kanada.
Dalam satu kenyataan daripada presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, berkata: "Kami mengucapkan tahniah kepada 16 bandar tuan rumah Piala Dunia FIFA atas komitmen dan semangat cemerlang mereka.
“Hari ini adalah hari yang bersejarah buat semua orang di bandar dan negeri tersebut -- untuk FIFA, Kanada, AS dan Mexico yang akan menganjurkan persembahan terhebat di Bumi.
"Kami berharap dapat bekerjasama dengan mereka untuk menyampaikan apa yang akan menjadi Piala Dunia FIFA yang belum pernah berlaku sebelumnya termasuk perubahan format dalam usaha kami untuk menjadikan bola sepak benar-benar global."

Your #FIFAWorldCup 2026 Host Cities: Atlanta Boston Dallas Guadalajara Houston Kansas City Los Angeles Mexico City Miami Monterrey New York / New Jersey Philadelphia San Francisco Bay Area Seattle Toronto Vancouver

— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) June 16, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
*Artikel asal disiarkan di Stadium Astro
#Piala Dunia 2026 #venue rasmi #Amerika Syarikat #Kanada #Mexico