Piala Dunia: Cameroon mara ke pusingan kalah mati

Ian Johan Ariff
Jun 21, 2019 07:59 MYT
Ajara Nchout menjaringkan dua gol menentang New Zealand yang memastikan Cameroon mara ke pusingan kalah mati. - Foto REUTERS
SENARAI pasukan yang layak ke pusingan kalah mati saingan Piala Dunia Wanita FIFA 2019 di Perancis sudahpun lengkap.
Cameroon melengkapkan senarai 16 pasukan yang layak ke pusingan seterusnya selepas menewaskan New Zealand 2-1.
Perlawanan penuh drama itu menyaksikan Ajara Nchout menjaringkan dua gol termasuk gol kemenangan pada minit terakhir pada kecederaan babak kedua.
Cameroon akan bertemu juara kumpulan D, England di pusingan kalah mati.
Dalam satu lagi perlawanan awal pagi tadi, juara bertahan, Amerika Syarikat menamatkan saingan kumpulan F selaku juara, selepas menewaskan Sweden 2-0.
Berikut senarai penuh pusingan kalah mati Piala Dunia Wanita FIFA 2019:
22 Jun 11:30pm Jerman vs Nigeria
22 Jun 3:00am Norway vs Australia
23 Jun 11:30pm England vs Cameroon
23 Jun 3:00am Perancis vs Brazil
24 Jun 12:00am Sepanyol vs Amerika Syarikat
24 Jun 3:00am Sweden vs Kanada
25 Jun 12:00am Itali vs China
25 Jun 3:00am Belanda vs Jepun
#Ajara Nchout #Amerika Syarikat #Cameroon #England #FIFA #New Zealand #Piala Dunia Wanita