SUKAN
Piala Dunia Kelab: Calon juara EPL mara ke final, tunggu PSG atau Real Madrid

Aksi Joao Pedro dan Enzo Fernandez (belakang) meraikan gol kedua dijaringkan Pedro ketika perlawanan separuh akhir Piala Dunia Kelab antara Fluminense dan Chelsea di East Rutherford, New Jersey, 8 Julai 2025. (Foto AP)
PENYERANG terbaharu Chelsea, Joao Pedro, menjadi wira kemenangan kelab itu yang menewaskan Fluminense dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia Kelab, awal pagi tadi.
Dua jaringan daripada bekas pemain Brighton and Hove Albion itu membawa skuad kendalian Enzo Maresca layak ke final kejohanan berprestij itu.
Untuk rekod, sejak ketibaannya dia merupakan pemain Brazil pertama menjaringkan gol untuk The Blues sejak kehilangan Thiago Silva yang meninggalkan pasukan itu musim lalu.
Meskipun merobek gawang Fluminense, Pedro tidak meraikannya sebagai tanda menghormati kelab zaman remajanya sebelum ini.Dengan kecemerlangan Chelsea dalam Piala Dunia Kelab itu, tidak mustahil pasukan dari London ini bakal menjadi salah satu pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan lambakan pemain berkualiti, musim ini.
Selepas ini, mereka dijadualkan bertemu sama ada juara Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG) atau Real Madrid bagi aksi akhir pada minggu hadapan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami