SUKAN

Piala Dunia Kelab: Garcia wira Real Madrid, mara ke suku akhir

Astro Arena 02/07/2025 | 02:30 MYT
Garcia meraikan kejayaan menjaringkan gol ketika perlawanan Piala Dunia Kelab pusingan 16 antara Real Madrid dan Juventus di Miami Gardens, Florida, 1 Julai 2025. (Foto AP)
TANDUKAN Gonzalo Garcia pada minit ke-54 cukup untuk memberikan Real Madrid kemenangan 1-0 ke atas Juventus di Stadium Hard Rock awal pagi tadi sekali gus menempah slot ke suku akhir Piala Dunia Kelab.

Kelab gergasi Sepanyol itu akan menentang pemenang perlawanan antara Borussia Dortmund dan Monterrey dari Mexico dalam suku akhir.

Ia merupakan persembahan mengagumkan daripada pasukan Madrid kendalian Xabi Alonso dan menambah hari yang positif, Kylian Mbappe kembali pulih, masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-68 untuk penampilan pertamanya dalam kejohanan itu.

Separuh masa pertama adalah perlawanan yang seimbang dengan Juventus kendalian Igor Tudor bermula dengan cemerlang sebelum Real memastikan mereka muncul pemenang.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.




#Piala Dunia Kelab #Real Madrid #Juventus #Gonzalo Garcia