SUKAN
Piala Dunia Kelab: Kelab kendalian Kim Pan-gon ucap selamat tinggal, tewas tipis kepada Dortmund
Darijan Bojanic cuba merebut bola dari kaki Jobe Bellingham (kanan) yang sedang cuba menjaringkan gol ketika perlawanan Piala Dunia Kelab FIFA Kumpulan F antara Borussia Dortmund dan Ulsan HD di TQL Stadium, Cincinnati, Ohio, 25 Jun 2025. REUTERS
ULSAN HD FC telah menamatkan perjalanan Piala Dunia Kelab FIFA mereka dengan kekalahan ketiga berturut-turut, yang terbaru tumbang kepada Borussia Dortmund.
Ulsan HD, juara bertahan Liga K1 tiga kali, tewas tipis 0-1 kepada kelab Jerman itu dalam perlawanan terakhir Kumpulan F mereka di Stadium TQL di Cincinnati, Ohio.
Nasib Ulsan HD yang dikendalikan Kim Pan-gon telah pun ditentukan sebelum perlawanan ini, berikutan kekalahan 1-0 kepada Mamelodi Sundowns FC dan kekalahan 4-2 kepada Fluminense FC.
Dortmund, selepas seri tanpa jaringan menentang Fluminense dan kemenangan 4-3 ke atas Sundowns, belum lagi mendapat tempat kalah mati sebelum perlawanan ini.
Dortmund membuka jaringan pada minit ke-36, gerakan Jobe Bellingham berjaya mencari Daniel Svensson untuk menampan masuk bola ke gawang, sekali gus menjadikan gol kemenangan buat pasukan.
Ulsan menamatkan perlawanan dengan tiga percubaan berbanding 28 percubaan Dortmund.