awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kapal persiaran bawa lebih 120 penumpang terdampar di terumbu karang Papua New Guinea
Warga emas maut dalam nahas babitkan tiga kenderaan di Rompin
Kadar kelahiran Jepun 2025 dijangka cecah paras terendah dalam sejarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia: Pemain boling wanita bawa pulang gangsa

Bernama
Bernama
23/11/2022
21:15 MYT
Piala Dunia: Pemain boling wanita bawa pulang gangsa
Kuartet Malaysia terdiri daripada pemain veteran Esther Chiah diikuti Sin Li Jane, Natasha Roslan dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman. - Foto Facebook Bowling Malaysia
KUALA LUMPUR: Skuad boling negara terpaksa menunggu sehingga hari terakhir Piala Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) 2022 di Queensland, Australia untuk meraih pingat gangsa pada acara berpasukan wanita, pada Rabu.
Kuartet Malaysia terdiri daripada pemain veteran Esther Chiah diikuti Sin Li Jane, Natasha Roslan dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman berjaya mengharungi lima perlawanan untuk mengatasi Jordan Richard, Bryanna Cote, Danielle McEwan dan Stefanie Johnson dari Amerika Syarikat (AS), 3-2.
Malaysia mendahului apabila memenangi perlawanan pertama dengan 226-204 jatuhan pin dan terus mendahului 2-0 dengan kemenangan 219-182 pada perlawanan kedua.
Pasukan Amerika bangkit dan menguasai dua perlawanan seterusnya dengan 226-192 dan 248-220.
Bagaimanapun, pemain Malaysia tidak mengaku kalah dan terus berjuang untuk memenangi perlawanan terakhir selepas mengatasi pasukan lawan dengan 235 jatuhan pin berbanding 228 jatuhan pin.
Terdahulu, skuad negara gagal melangkah ke final selepas tewas 1-3 (190-237, 214-190, 207-240, 204-228) kepada Sweden.
Semalam, pemain lelaki negara, Timmy Tan terlepas pingat gangsa selepas tewas kepada wakil AS, Kris Prather 279-288, 206-215 dalam acara perseorangan lelaki.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pingat gangsa
#Piala Dunia IBF
#boling
#boling wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan