awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Qatar: Al-Sultan Abdullah zahir tahniah kepada Presiden Perancis

Bernama
Bernama
16/12/2022
06:33 MYT
Piala Dunia Qatar: Al-Sultan Abdullah zahir tahniah kepada Presiden Perancis
Seri Paduka berada di Qatar atas persilaan peribadi Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani sempena temasya bola sepak Piala Dunia 2022. - Facebook Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan setinggi-setinggi tahniah kepada Presiden Perancis Emmanuel Macron atas kejayaan pasukan bola sepak Perancis melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022.
Semalam, Al-Sultan Abdullah yang sedang dalam rangka lawatan khas ke Qatar selama enam hari bermula 13 Dis, berkenan berangkat menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 antara Perancis dan Maghribi di Stadium Al Bayt, Doha.
Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook memaklumkan Presiden Perancis itu turut hadir menyaksikan perlawanan yang berkesudahan dengan Perancis, yang juga juara bertahan layak ke perlawanan akhir selepas menewaskan Maghribi dengan keputusan 2-0.
Seri Paduka yang berada di Qatar atas persilaan peribadi Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani sempena temasya bola sepak Piala Dunia itu, turut dijadual menerima menghadap beberapa pemimpin kerajaan Qatar dan berangkat menghadiri majlis santapan bersama rakyat Malaysia di Qatar.
Al-Sultan Abdullah dijadualkan berangkat tiba di tanah air pada 19 Dis ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Dunia 2022
#Presiden Perancis
#Emmanuel Macron
#Al-Sultan Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan