awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
Keputusan NFA kes Ahmad Zahid di bawah kuasa penuh Peguam Negara - Saifuddin Nasution
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Qatar: Brazil melangkah ke suku akhir dengan penuh bergaya

Astro Arena
Astro Arena
05/12/2022
22:00 MYT
Piala Dunia Qatar: Brazil melangkah ke suku akhir dengan penuh bergaya
Brazil bakal kembali beraksi Jumaat ini di Al Rayyan, dengan Croatia menanti sebagai penghalang mereka untuk ke separuh akhir. - Astro ARENA
BRAZIL mempamerkan persembahan terbaik di Piala Dunia Qatar setakat ini untuk memperoleh kemenangan 4-1 ke atas Korea Selatan di Stadium 974 sebentar tadi untuk mara ke suku akhir bertemu Croatia.
The Selecao mendahului empat gol dalam tempoh 36 minit - hanya kali kedua dalam sejarah Piala Dunia mereka menjaringkan empat gol dalam satu separuh masa.
What a first-half display! #FIFAWorldCup | #Qatar2022 pic.twitter.com/zVRiKvd3Hr
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) December 5, 2022
Neymar kembali beraksi dalam kesebelasan utama Brazil, kembali di tahap terbaik selepas tewas 1-0 kepada Cameroon malah bertindak selaku penjaring gol menerusi sepakan penalti selepas Vinicius Junior membuka jaringan.
Richarlison dan Lucas Paqueta memastikan perlawanan sukar untuk dikejar Korea Selatan, yang memperoleh gol saguhati menerusi Paik Seung-ho di separuh masa kedua.
Brazil sekadar menjaringkan tiga gol daripada 57 percubaan di peringkat kumpulan, berbanding tiga gol yang disempurnakan daripada lima percubaan ketika bertemu Korea Selatan.
Neymar yang kembali dalam kesebelasan utama selepas diketepikan dua perlawanan ekoran kecederaan telah meledak gol yang ke-76 buat Brazil, meletakkan dirinya ketinggalan satu jaringan di belakang Pele selaku penjaring gol terbanyak Brazil.
Brazil bakal kembali beraksi Jumaat ini di Al Rayyan, dengan Croatia menanti sebagai penghalang mereka untuk ke separuh akhir. -Astro Arena
Topic Berkaitan
#Brazil
#Korea Selatan
#suku akhir
#Piala Dunia 2022
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan